Archive for January, 2007

SPELLING SUCKS!

Tuesday, January 23rd, 2007

I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

From Usul Fiqh to Titanic!

Saturday, January 20th, 2007

On last 18/Jan (thur) as usual i went to my first lecture for that day..it was Usul Fiqh II lecture…at 100 a.m..in arabic..so we were initially discussing the concept of masalih mursalah, its definition, conceptual and legal understanding, its validity as a source of ruling in islamic law etc…the arabic text was quite complicated and was of high standard..thus it was hard for me (the one with no arabic background coming from secular school hahahha) to apprehend it words by words…what more to appreciate its contents…so to facilitate us, or else his lecture ends but to no avail, my lecturer, Ustaz Engku Fadzil opted to explain the meaning for us in english, hahahha…basically there are two schools of thoughts, firstly the one that accepts the concept of masalih mursalah, and secondly, the one opposes it…

Nevertheless, it is not the very idea of this particular entry…what intriques my attention, my friends’ as well i  suppose, was the accidental discussion on Titanic..he told us that he (ustaz) was once watched that movie which eventually made he himself insaf!

As we know (subject to those who already watched it, Zaki is obviously excluded huhuhu) at the very beginning of the movie it potrayed a message that Titanic was not meant for people from every walks of life but elite group with first class lifestyle..showered with luxuries..pampered with opulence..they were very arrogant and proud of themselves, and of course of Titanic…up to the extend "even God cant sink it"

But at the end of the day, it took only a piece of gigantic iceberg to destroy everything…in a situation, where to survive seemed crucially dismal, people who were excessively rich and very proud of their wealth, would desparately offer almost everything they have including their beloved money, just to save their life…but at time of such nature, money is nothing…it was the time when people value their life the most, and forget about everything including the wealth; which they before devoted their whole life for…after all, Titanic sank, tragically..but that was not that suprising yet.., until the moment he explained that, this is actually the very concept of nasfi-nafsi!!

It was just the sinking of Titanic…imagine how worse the situation will be in the Day of Judgment??! It was there in the Holy Quran…A day when everything are out of order..full with desparation, dismay and despair..when even other Prophets sent to mankind will only try to save their own life,having no time to bother about their umat…but the Holy Apostle (PBUH) who will be the only Prophet who are willing, and able, to offer his syafaah upon his umat..

His explaination on how the film had indirectly tought him about life, and warned about the coming of hereafter,was indeed really impressed my friends and i…

Moral of the strory…

1)Watch movies with heart..understand its wisdom and lessons of life it tries to demonstrate..try to look at things beyond what presented..thats what our ‘aql is meant for…

2) life is too short..it is even temporary..so it is much better for us to seriously focus on the promised hereafter…this is the one that last forever…

one good junior of mine send this on hijrah new year celebration yesterday..

"hidup bukan satu pilihan..mati juga bukan satu pilihan..tapi, perjalanan antara hidup dan mati adalah satu pilihan..maka buatlah pilihan yang betul dan tepat"

3) Arrogance is not something to be exercised and upheld..it is just something that invites devastation…

So, lets percieve life with better view..lets be a better adherant of the Almighty Lord of Lords…its not too late…indeed, He is Most-forgiving, Most Merciful…

*that was how my usul fiqh II lecture, the time which i normally slept, on last thursday became a session where we discussed about Titanic and teaching it indirectly posts…i’ll never sleep in class again..hehehhe…

PENJELASAN SEBENAR: ISU UM-UIAM DALAM DEBAT PERPADUAN 2006

Wednesday, January 10th, 2007

Oleh: Mohd Syatir Talib @ www.debatuiam.com

Selepas tamat Debat Perpaduan 2006, banyak cerita dalam pelbagai versi dan pelbagai dimensi, benar atau palsu, hakiki atau falasi, telah disebarluas secara lisan mahupun melalui dunia internet, sama ada di dalam laman web tertentu, Friendster, forum, blog dan sebagainya. Justeru, perkara ini telah menimbulkan kekeliruan, kecelaruan, kesamaran dan tanda tanya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Rencana yang saya tulis ini bukan untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak, apatah lagi untuk mengapi-apikan permusuhan dan persengketaan yang tercetus di dalam dunia perdebatan. Saya cuma ingin menjernihkan yang keruh, memadamkan yang terbakar, membersihkan yang ternoda agar yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal.

Sebelum saya menulis lebih panjang, mungkin ada sesetengah pihak yang meragui kesahihan tulisan ini. Oleh itu, saya ingin menyatakan bahawa segala maklumat yang saya sampaikan dalam rencana ini adalah hasil temubual saya dengan En. Tajul Ariffin Adam (Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MADUM), En. Rohai Zahar Nedi (Penolong Pengarah Bahagian Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Negara, JPNIN merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan Debat Perpaduan 2006) dan En. Nazri Noh (Hakim Kelas Tertinggi MADUM).

Segalanya bermula sebelum pertandingan suku akhir, apabila pasukan UM 2 mendapati dua orang ahli pasukannya tidak dapat hadir. Pada pagi tersebut, sebelum pengumuman pasukan yang layak ke suku akhir dibuat, mereka berjumpa En. Rohai dan En. Mohd Khair untuk mengetahui status mereka sama ada layak atau tidak. Mereka diminta agar menunggu pengumuman rasmi dibuat terlebih dahulu. Selepas pengumuman dibuat dan UM 2 didapati layak, mereka bertanya sama ada boleh atau tidak untuk mereka menarik diri dan pasukan di tangga ke-9 dinaikkan untuk mara ke suku akhir. Perkara itu tidak dipersetujui dan mereka diminta untuk ke bilik pertandingan dan menunggu ahli pasukan ketiga atau memohon untuk menarik diri di bilik tersebut. Sekiranya dalam tempoh 15 minit selepas pertandingan dimulakan, ahli pasukan mereka masih belum cukup, maka Perkara 7.2 Peraturan Perdebatan akan diambil kira:

7.2. Mana-mana pasukan yang gagal menghadiri perdebatan selepas lima belas minit (15 minit) dari masa permulaan perdebatan akan dikira kalah.

Semasa di bilik pertandingan sebelum suku akhir dimulakan, pasukan UM 2 berjumpa dengan En. Mohd Fauzi Othman, Ketua Hakim bilik tersebut dan memohon untuk mengambil seorang pendebat daripada pasukan UM 1 untuk melengkapkan bilangan ahli pasukan. En. Mohd Fauzi menyatakan bahawa perkara itu bercanggah dengan peraturan tetapi memberi sedikit kelonggaran dan memanggil pasukan UIAM 2 untuk mendapatkan persetujuan mereka. UIAM 2 bersetuju. En. Tajul yang juga merupakan salah seorang hakim di bilik itu menerangkan kembali bahawa melalui persetujuan itu pertandingan akan dijalankan seperti biasa dan kemenangan boleh diberikan kepada pasukan UIAM 2 atau UM 2. Pertandingan dijalankan seperti biasa dan keputusannya juri 5-0, kemenangan kepada UM 2.

Selepas tamat suku akhir tersebut, pasukan UIAM 2 tidak pernah membuat sebarang bantahan kepada jawatankuasa pertandingan, sama ada secara lisan mahupun bertulis. UIAM 2 juga mengakui bahawa mereka diisytiharkan kalah dalam pusingan tersebut.

Sementara itu, di peringkat jawatankuasa pertandingan pula, banyak pihak terkejut selepas En. Mohd Fauzi melaporkan bahawa suku akhir UM-UIAM itu berjalan seperti biasa. En. Nazri mengakui bahawa beliau tidak sangka suku akhir itu tetap dijalankan dan menjangkakan UM 2 akan dikira kalah selepas 15 minit. Perkara yang menjadi persoalan pada masa tersebut adalah kesahan (validity) pasukan UM 2 untuk bertanding pada peringkat seterusnya kerana mereka telah mengambil seorang ahli pasukan UM 1  dan perkara ini menyalahi Perkara 5.2 Peraturan Pertandingan iaitu:

5.2. Peserta hanya boleh berdebat untuk pasukan yang mendaftarkannya sahaja.

Untuk menyelesaikan masalah ini satu mesyuarat tergempar telah diadakan di antara wakil Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dan wakil Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia. Untuk makluman semua pihak, mesyuarat ini diadakan bukan kerana bantahan daripada pasukan UIAM (seperti yang telah dinyatakan, UIAM tidak pernah membuat sebarang bantahan) dan bukan arahan daripada En. Mohd Khair Ngadiron. Mesyuarat ini telah disertai oleh Pn. Hajah Azizah (Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan) dan En. Rohai Zahar (Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan) selaku wakil JPNIN. Wakil MADUM pula terdiri daripada En. Tajul Ariffin (Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MADUM), En. Nazri (UPM), En. Mohd Fauzi (UTM), En. Zaliridzal (UPM), Ust. Abdul Manan (KUIM), Cik Najwa (UKM) dan En. Muzafar (UDM). Manakala pihak yang berkepentingan iaitu En. Mohd Khair (UIAM), Pn. Mazlena (UIAM) dan En. S. Ramlee (UM) tidak dibenarkan menyertai mesyuarat tersebut.

Mesyuarat membincangkan tiga pilihan yang ada. Pertama, penyertaan UM untuk separuh akhir dibatalkan. Kedua, perlawanan secara ‘handicap’ dijalankan iaitu pasukan UM 2 akan disertai oleh dua pendebat asal sahaja dan markah untuk pendebat ketiga akan dikira kosong. Ketiga, perlawanan separuh akhir akan dijalankan seperti suku akhir iaitu pasukan UM 2 boleh mengambil pendebat UM 1 dan persetujuan akan diminta daripada pihak lawan sebelum perlawanan bermula.

Mesyuarat memutuskan untuk menolak pilihan ketiga memandangkan perkara itu menyalahi Perkara 5.2 dan tidak adil kepada pasukan universiti-universiti lain. Sekiranya perkara ini dibenarkan oleh mesyuarat, pasukan universiti lain juga sepatutnya dibenarkan untuk mengambil mana-mana pendebat daripada pasukan kedua mereka untuk dimasukkan ke dalam pasukan pertama. Perkara ini juga boleh menyebabkan pasukan-pasukan lain membuat bantahan.

Mesyuarat juga menolak pilihan pertama untuk membatalkan penyertaan UM 2 kerana kelonggaran telah diberikan pada peringkat suku akhir dan keputusan untuk membatalkan penyertaan mereka di peringkat separuh akhir adalah terlalu keras.

Sementara itu, pilihan kedua iaitu perlawanan ‘handicap’ tidak menyalahi peraturan. Walaupun perlawanan secara ‘handicap’ tidak pernah disebut dalam Peraturan Pertandingan, Perkara 1.2 dan 1.3 membenarkan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan (dalam konteks debat ini, Puan Hajah Azizah) untuk mengadakan perlawanan seperti itu.

1.2. Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan. Keputusan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah muktamad.

1.3. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa.

Dengan kuasa Puan Hajah Azizah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, mesyuarat memutuskan untuk memberi dua pilihan kepada pasukan UM 2. Pertama, menarik diri untuk peringkat separuh akhir. Kedua, menyertai perlawanan secara ‘handicap’. En. S. Ramlee dipanggil oleh pihak mesyuarat untuk membuat pilihan. Selepas berbincang dengan ahli pasukan UM 2, mereka memilih untuk menyertai perlawanan secara ‘handicap’ dan tidak menarik diri.

Perlawanan separuh akhir diteruskan secara ‘handicap’ dengan UIAM 1 bertemu UM 2. Oleh kerana markah pendebat ketiga UM 2 dikira kosong maka kemenangan diberikan secara sebulat suara kepada UIAM 1. Kemenangan ini adalah sah di sisi peraturan seperti yang telah dihuraikan di atas.

Walau bagaimanapun, En. Tajul turut mengakui bahawa dia sebenarnya tidak selesa dengan perlawanan ‘handicap’ kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan implikasi kurang baik di kalangan penonton. Namun, bagi beliau perlawanan ‘handicap’ ini menunjukkan semangat pertandingan di kalangan pendebat.

En. Tajul juga berkata “Perdebatan bukan untuk perlawanan semata-mata tetapi untuk menghormati semangat perdebatan dan setiakawan. Perdebatan adalah bersifat pertikaian lidah untuk membincangkan sesuatu isu sahaja dan bukan untuk mewujudkan persengketaan dan permusuhan.”

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin membersihkan nama UIAM bahawa UIAM tidak pernah membuat sebarang bantahan dan segala perkara yang diputuskan tidak pernah dipengaruhi oleh pendebat ataupun pegawai UIAM. Saya juga ingin mengajak para pembaca untuk merenung kembali apakah iktibar dan pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa ini. Semoga perkara seperti ini dapat mematangkan pemikiran kita, dan mengajar kita untuk berfikir dengan lebih rasional dan professional.

Saya juga ingin mengakhiri rencana ini dengan firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 6:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Renungilah… Sekian.

(Temubual dengan En. Tajul Ariffin Adam, En. Rohai Zahar Nedi dan En. Nazri Noh telah dijalankan pada hari Khamis 28 Disember 2006 melalui telefon di antara jam 11 pagi hingga 1 tengah hari)

REPLY TO FIRDAUS ARHAM

Wednesday, January 10th, 2007

PERSEPSI

PERISTIWA DI DEBAT PERPADUAN DAN
INTEGRASI NASIONAL MENJADI PERSOALAN
KEHEBATAN MADUM DALAM PENYELARASANNYA
SEBAGAI BADAN YANG MENGURUSKAN DEBAT
DI ANTARA UNIVERSITI2 DI MALAYSIA.PADA
PERLAWANAN SUKU AKHIR, UNIVERSITI
MALAYA TELAH PUN MENGUMUMKAN UNTUK
PENARIKAN DIRI DARIPADA BERTANDING
KERANA 2 DARIPADA AHLINYA TIDAK ADA,
SEORANG AYAHNYA MATI DAN SEORANG LAGI
IBU BAPA NYA PERGI MENUNAIKAN
HAJI.NAMUN PENARIKAN DIRI INI TIDAK
DIBENARKAN OLEH SEORANG KETUA HAKIM
YANG RAMAI ORANG KENALI. ADA YANG
MENGATAKAN KERANA TIDAK MAHU ANAK
BUAHNYA BERLAWAN DENGAN TEAM UTM2,
MAKA KETUA HAKIM TERSEBUT MEMBERIKAN
PELUANG KEPADA UM UNTUK HANTAR AHLI
DARI PASUKAN UM1.

HAKIKAT

ketua hakim tersebut adalah En Mohd Khair Ngadiron (coz dialah ketua hakim tournament ni, tak taulah kalau firdaus arham referred to someone else), dan beliau tak pernah membuat sebarang kenyataan menolak ‘penarikan diri’ UM dalam pusingan suku akhir. Malah En Khair siap cakap ngan pegawai UM lagi bahawa percampuran pasukan tidak boleh dibenarkan.  Maka keputusannya adalah UM akan tetap diumumkan sebagai pasukan yang layak ke 1/4 akhir…tetapi mereka perlu mempastikan bahawa mereka mempunyai anggota yang cukup sebelum perlawanan bermula…sekiranya selepas 15 minit perlawanan dijalankan, tetapi anggota masih tak cukup, maka mereka akan dikira kalah…this is a very established principle/ rule or at least custom that demands neither explanation nor clarity, i suppose…oh man, exercise ur common sence (if u ave one)…please…org dah bagi peluang macam tu, bukan nak hargai dan berterima kasih, siap buat fitnah lagi kat orang…hhmm….UIA jugak salah…

PERSEPSI

TETAPI ADA BEBERAPA
SYARAT IAITU TIDAK MAHU PESERTA YANG
MASUK ITU BERBANGSA MELAYU SEBALIKNYA
MEREKA MEMILIH LEE ENG YEOW UNTUK
BERAKSI DI SUKU AKHIR MENENTANG TEAM
UIAM2.DIA INGAT LEE NIE TAK DE
OTAK,BUDAK NI BIJAK TAPI SUSUNAN AYAT
TAK BERAPA BETUL
SKIT.

HAKIKAT

Hmmm…yang ni nak kata bangang ke bengong pun tak tau…rasanya semua orang tau yang syarat bahawa setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 bangsa yang berbeza adalah syarat daripada Jabatan Intergrasi dan Perpaduan Nasional…dah nama pun debat perpaduan! Furthermore, this is not the first time… Memang la budak cina tua ada otak sebab tu dia pergi debate…yang lain tu ha yang tak de otak, sebab tu asyik dok memanaskan bangku simpanan je…itupun bukan main,ligat sibuk sana sini dan capui tak ingat….hhmm…lumrah manusia kan…Uia jugak salah…

PERSEPSI

TUP..TUP..TUP..MENANGLAH TEAM UM2
YANG DIANGGOTAI OLEH AZIZI,AZRI DAN
LEE.TIBA2 PENYELARAS MADUM KEMBALI
BERSIDANG,YELAH KETUA HAKIM TUE
PANASLAH TELINGA BILA ANAK BUAH KENA
BELASAH 5-0 DENGAN MARGIN 6.4.APALAGI
MEREKA TIDAK BERI PELUANG KEPADA TEAM
UM UNTUK BERAKSI DI PENTAS SEPARUH
AKHIR DENGAN TEAM YG DIPERSETUJUI PADA
AWALNYA.MAKNANYA PERLAWANAN DEBAT 3
LAWAN 2.

HAKIKAT

Hahaha…lawak pulak bile baca perenggan nih…bila pulak la ketau hakim dari UIAM yang pergi halang UM daripada bertanding di peringkat separuh akhir…bukan first time UIA kalah…dan yang lebih penting adalah:

  1. UIA TIDAK pernah membuat bantahan bertulis ataupun lisan terhadap sebanrang keputusan..
  2. En Khair tak masuk mesyaurat pun bang oi…sbb en khair dikira party yang ada interest…(rujuk tulisan di www.debatuiam.com bertajuk ‘PENJELASAN SEBENAR:ISU UM-UIAM DALAM DEBAT PERPADUAN 2006.

"Untuk menyelesaikan masalah ini satu mesyuarat tergempar telah diadakan di antara wakil Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dan wakil Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia. Untuk makluman semua pihak, mesyuarat ini diadakan bukan kerana bantahan daripada pasukan UIAM (seperti yang telah dinyatakan, UIAM tidak pernah membuat sebarang bantahan) dan bukan arahan daripada En. Mohd Khair Ngadiron. Mesyuarat ini telah disertai oleh Pn. Hajah Azizah (Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan) dan En. Rohai Zahar (Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan) selaku wakil JPNIN. Wakil MADUM pula terdiri daripada En. Tajul Ariffin (Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MADUM), En. Nazri (UPM), En. Mohd Fauzi (UTM), En. Zaliridzal (UPM), Ust. Abdul Manan (KUIM), Cik Najwa (UKM) dan En. Muzafar (UDM). Manakala pihak yang berkepentingan iaitu En. Mohd Khair (UIAM), Pn. Mazlena (UIAM) dan En. S. Ramlee (UM) tidak dibenarkan menyertai mesyuarat tersebut"

Lain kali jangan nak main sondol je…check dulu habis2…tapi tetap, UIA jugak salah….

PERSEPSI

TEAM UIAM1 LAWAN UM YANG CUMA
AHLI ASALNYA IAITU AZIZI DAN
AZRI…..LOGIK AKAL KE KALO 3 LAWAN
2.INI TINDAKAN BODOH HAKIM2 DAN
TINDAKAN BACUL BAGI UNIVERSITI YANG
DESPERATE NAK JOHAN
….NAMUN,ALLAH TUE
NAK TUNJUKKAN KEBENARAN BAGI ORANG
YANG TAK IKHLAS…WALAUPUN UM KALAH
TAPI SEBENARNYA UM MENANG DARI SEGI
HUJAH,BIDASAN,SOKONGAN UNIVERSITI
LAIN.UIAM NAMPAK KELIHATAN PENDEBAT
TAK DE OTAK DI PENTAS SEPARUH
AKHIR.DIPERBODOH2KAN OLEH AZIZI DAN
AZRI YG MERUPAKAN TAHUN PERTAMA
BERDEBAT DI UNIVERSITI DAN TIDAK
SEPERTI HUSNA,SYAZWAN ATAU BOY YG
SUDAH BERTAHUN2 TERLIBAT DENGAN DEBAT
UNIVERSITI.

HAKIKAT

Hmm memang la tak logik…dah tau tak logik and tak cukup ahli, yang gedik nak lawan jugak kenapa? pegawai MADUM bacul ke tak bacul ke tak tau lah…yang pasti pegawai dari UIA memang tak campur tangan ab initio…wahtever lah…hakim bodoh ke tak bodoh ke, i leave it to you top consider…cume, kalau tak cukup ahli pasukan and the only avenue you opt to exhaust was reshuffling the team by combining two different teams, tu lagi bodoh kot…and rasanya people of sound mind would definitely be able to judge who was actualy in desperate need of winning…the team that played by the rules (which at the end of the day being shitted by the people who bared the flag of truth…huhuhuhu)  or the team that violated (insulted is more accurate i suppose…) the rules by doing the most heinous thing in malay debating world…hhmmm takkan nak menang sampai kena rombak pasukan ikut suka hati mak bapak kot…tu pun pasukan uia nak jugak lawan coz diorang yang nak wpun pada hakikatnya pada pusingan tersebut UIA dah confirm menang…i believed that most of the poeple out there did not know the very fact that there was one senior from UM approached the UIA debators, before positioning take place, begging/ persuading for the match to be, as supposed, proceeded..kononnya in the name of pure friendship and to celebrate and respect the tournament spirit)..at the end of the day, such diplomacy and kindheartedness been explicitly tainted with well covered dishonesty and confusing malice…so moral of the story, dont be nice to people…play by the book…well…apa2 pun, UIA jugak salah….

PERSEPSI

YANG KELAKAR SEKALI
PENDEBAT UIAM TAHUN LIMA TUE HARAP2
ISTIGHFAR DENGAN KENYATAAN MURATAD
YANG ANDA KELUARKAN.SEMOGA BERTAUBAT
KE JALAN YANG BENAR.TAHNIAH DI ATAS
KEMENANGAN.

HAKIKAT

Tajuknya adalah rukun negara…pendebat UIA cakap pasal kepercayaan kepada Tuhan…so when we contended that people who converted to Christian still ahdere the very gist of rukun negara simply because they still believe in god (cuma diorang dah tak beriman kepada Allah)..kena la faham bahawa kepercayaan kepada tuhan dalam prinsip rukun negara tu bukan merujuk kepada kepercayaan kepada Allah, simply because it is meant for all Malaysians whom demographically live with respect and acceptance to plurality of faiths, believes and religions. Bukan nak kata murtad tu tak slah! hhmm..newat thanks la for the advice…cuma kalau buat fitnah dan tuduhan membuta tul;i tu, sebenarnya kena istigfar jugak tau…tak pun datang je uia. bleh makan daging mentah budak2 uia terus…sodap jugak tuh…huhuhu…tak pe, coz paper pun, UIA jugak salah….

CONCLUSION..

FOR UIA DEBATORS

  1. It is undeniably true that we need to be nice to people…we need to celebrate friendship and diplomacy..we need to promote tolerance and we need to accept differences and diversity..BUT, please do bear in mind that, law is law…it is meant to keep thing in order…if in order to adhere the law,it causes ur friendship (not really a friendship pun),then be it…
  2. Do consult ur advisors at all time, in any situation for whatever reasons. as seniors we’ll always be there for you…no matter what…
  3. This is not the first time we faced such a ‘calamity’…things happen to reason…remember that great test ‘bestowed’ to great people. Are u guys feeling bad about what happened? please, i summon u not to…feel good about it and feel great, at least we believe that the greatest is only HIM.
  4. No matter how worst and raging the challenges try to pull us down, we’ll stand str8 though it takes something better than our best…people dies to reasons, but when they for get the very reason to live, it is a fatal mistake…and we are not to commit such mistake…are we?

FOR MADUM

MADUM is the only reliable body that debators can depend on…so please act as one..mistakes is not to be regretted, but it is for all of us to live with…we (debators) have no more aveneu…with the trust underlying its establihment and of course existence, we demand changes and understanding..be strong and strict…

FOR EVERYONE

I’m not begging you to believe in what i wrote here..but please, not just to jump into conclusion withou any justification…prudence and maturity are ought to guide us and not to be easily neglected by uncontrolled vengeanve or mounting irrational emotion…dont let false statement and accusation reign our sanity and intelligence…for friends who tried to understand (pakdat, mon, sakinah,etc), i thank you all….

Lastly, may truth prevails!!

DEBAT PERPADUAN:UM MENANG BERMARUAH!

Wednesday, January 10th, 2007

[oleh:-firdaus arham-/pendebat UM]

PERISTIWA DI DEBAT PERPADUAN DAN
INTEGRASI NASIONAL MENJADI PERSOALAN
KEHEBATAN MADUM DALAM PENYELARASANNYA
SEBAGAI BADAN YANG MENGURUSKAN DEBAT
DI ANTARA UNIVERSITI2 DI MALAYSIA.PADA
PERLAWANAN SUKU AKHIR, UNIVERSITI
MALAYA TELAH PUN MENGUMUMKAN UNTUK
PENARIKAN DIRI DARIPADA BERTANDING
KERANA 2 DARIPADA AHLINYA TIDAK ADA,
SEORANG AYAHNYA MATI DAN SEORANG LAGI
IBU BAPA NYA PERGI MENUNAIKAN
HAJI.NAMUN PENARIKAN DIRI INI TIDAK
DIBENARKAN OLEH SEORANG KETUA HAKIM
YANG RAMAI ORANG KENALI. ADA YANG
MENGATAKAN KERANA TIDAK MAHU ANAK
BUAHNYA BERLAWAN DENGAN TEAM UTM2,
MAKA KETUA HAKIM TERSEBUT MEMBERIKAN
PELUANG KEPADA UM UNTUK HANTAR AHLI
DARI PASUKAN UM1.TETAPI ADA BEBERAPA
SYARAT IAITU TIDAK MAHU PESERTA YANG
MASUK ITU BERBANGSA MELAYU SEBALIKNYA
MEREKA MEMILIH LEE ENG YEOW UNTUK
BERAKSI DI SUKU AKHIR MENENTANG TEAM
UIAM2.DIA INGAT LEE NIE TAK DE
OTAK,BUDAK NI BIJAK TAPI SUSUNAN AYAT
TAK BERAPA BETUL
SKIT.TUP..TUP..TUP..MENANGLAH TEAM UM2
YANG DIANGGOTAI OLEH AZIZI,AZRI DAN
LEE.TIBA2 PENYELARAS MADUM KEMBALI
BERSIDANG,YELAH KETUA HAKIM TUE
PANASLAH TELINGA BILA ANAK BUAH KENA
BELASAH 5-0 DENGAN MARGIN 6.4.APALAGI
MEREKA TIDAK BERI PELUANG KEPADA TEAM
UM UNTUK BERAKSI DI PENTAS SEPARUH
AKHIR DENGAN TEAM YG DIPERSETUJUI PADA
AWALNYA.MAKNANYA PERLAWANAN DEBAT 3
LAWAN 2.TEAM UIAM1 LAWAN UM YANG CUMA
AHLI ASALNYA IAITU AZIZI DAN
AZRI…..LOGIK AKAL KE KALO 3 LAWAN
2.INI TINDAKAN BODOH HAKIM2 DAN
TINDAKAN BACUL BAGI UNIVERSITI YANG
DESPERATE NAK JOHAN….NAMUN,ALLAH TUE
NAK TUNJUKKAN KEBENARAN BAGI ORANG
YANG TAK IKHLAS…WALAUPUN UM KALAH
TAPI SEBENARNYA UM MENANG DARI SEGI
HUJAH,BIDASAN,SOKONGAN UNIVERSITI
LAIN.UIAM NAMPAK KELIHATAN PENDEBAT
TAK DE OTAK DI PENTAS SEPARUH
AKHIR.DIPERBODOH2KAN OLEH AZIZI DAN
AZRI YG MERUPAKAN TAHUN PERTAMA
BERDEBAT DI UNIVERSITI DAN TIDAK
SEPERTI HUSNA,SYAZWAN ATAU BOY YG
SUDAH BERTAHUN2 TERLIBAT DENGAN DEBAT
UNIVERSITI.YANG KELAKAR SEKALI
PENDEBAT UIAM TAHUN LIMA TUE HARAP2
ISTIGHFAR DENGAN KENYATAAN MURATAD
YANG ANDA KELUARKAN.SEMOGA BERTAUBAT
KE JALAN YANG BENAR.TAHNIAH DI ATAS
KEMENANGAN.

DEBAT PERPADUAN 2006: SEPARUH AKHIR ANTARA UM –LWN- UIAM CETUSKAN KONTROVERSI, MEMALUKAN MADUM!!

Wednesday, January 10th, 2007

[Oleh:  Wan Rohimi Bin Wan Daud/akademidebat.com]

18/12/2006:   Lewat waktu ini kesibukan melanda kami di AD. Pertandingan debat yang diadakan hampirkan setiap minggu selepas pertandingan Debat Diraja 2006 di UNIMAS, kemudian diikuti pula dengan Debat IKIM, dan kini sedang berlangsung pula pertandingan Debat Perpaduan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Esok dijadualkan pertandingan akhir Debat Perpaduan 2006 yang bakal menemukan UKM selaku tuanrumah dengan UIAM. Disebabkan kesibukan yang amat mencengkam ini, di waktu hujung tahun sewaktu semua akaun hendaklah diaudit dan ditutup, menjelang pengistiharan bonus tahunan kepada kakitangan-kakitangan swasta, dan keuntungan tahunan kepada majikan-majikan swasta, maka kami di AD memohon jutaan ampun dan maaf kerana tidak dapat bersama dalam Debat Perpaduan dan justeru, tidak dapat memberikan maklumat langsung kepada semua penghuni laman web ini. Walau apa pun keadaannya, perkembangan-perkembangan menarik pertandingan debat akan sentiasa disampaikan kepada kami oleh pendebat-pendebat, para pemerhati, pegawai-pegawai universiti, urusetia-urusetia pertandingan secara percuma, kerana kami di AD juga berkhidmat secara percuma. Walau pun sesetengah orang mempersoalkan kami mungkin mendapat “untung” dari perkara-perkara lain, saya tidak pasti, kerana yang kami pasti segala yang kami lakukan ialah untuk manfaat terbaik kepada semua, tanpa sebarang orientasi keuntungan. Jika kami terpaksa mengkritik, mendedahkan kepincangan, itu juga adalah manfaat kepada yang cintakan dunia debat menjadi landasan yang adil untuk meningkatkan pembangunan modal insan kepada anak bangsa kita. Jika ada yang menuduh laporan kami berat sebelah, itu juga mungkin benar, kerana kami tidak memilih “jalan selamat” mahupun “playsafe” dalam laporan kami jika ada mangsa yang teraniaya. Kami berpendirian bahawa yang teraniaya perlu dibela dalam semua keadaan. Kami tidak mahu dan tidak akan menjunjung sikap "assobiyah" kerana baginda s.a.w bersabda (mafhumnya): "Bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assobiyyah, bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang berjuang atas dasar assobiyyah, dan bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang gugur atas jalan assobiyyah. Maka bertanyalah seorang sahabat (r.a), siapa itu assobiyyah Ya Rasulullah (s.a.w), baginda menjawab: yakni orang-orang yang membantu saudaranya di atas dasar kezaliman". Jika ramai pejuang sanggup “berhujan peluru bermandi darah” untuk mempertahankan kebenaran dan keadilan, maka dalam konteks debat, kami bersama-sama dengan mereka. Menongkah arus dan menjadi pendokong haluan kiri dalam sestengah keadaan adalah perlu untuk “check and balance” dan menjadi faktor pengimbang kepada pola penyalahgunaan kuasa yang semakin menghimpit kita semua. Presiden Hugo Chavez (venezuela), Kim Jong-il (Korea Utara) dan Presiden Mahmoud Ahmadinejad (Iran) amat ditakuti Presiden Bush yang bacul itu, walau pun nama-nama ini adalah berpendirian kiri dalam konteks politik antarabangsa. Tetapi dalam sejarah dunia, golongan berhaluan kiri sentiasa digeruni kerana prinsip, jihad dan kebenaran yang dipegang tidak akan dapat digoyangkan walau pun mereka dihumban ke lubang kubur! Walau pun mereka kelihatan tidak bermaya, tiada kekuatan, tiada sokongan, tetapi usiklah mereka jika ada yang ingin merasai bahang neraka  yang akan diutuskan ke dunia anda serta-merta!

Tentu sekali apa yang bakal dihidangkan di sini, pada kali ini, pada ketika ini, amat memual dan menjijikkan kita semua. Tetapi yang menyedihkan kita, nama baik MADUM akan terpalit sama. Semuanya gara-gara tindakan Ketua Teknikal Hakim dan sekutunya yang membuat tindakan yang amat tidak profesional, "mala fide" dan jauh dari mencerminkan penglibatan dan pengalaman yang terlalu lama dalam MADUM.

Baiklah, biarlah saya meneruskan pena dengan memperihalkan apa sebenarnya yang berlaku pada hari semalam, menjelang pertandingan suku akhir antara UM –lwn- UIAM, dan pagi tadi, sewaktu pertandingan separuh akhir yang juga melibatkan pasukan yang dari univerisiti yang sama.

Pada Debat Perpaduan kali ini, UM dan UIAM sama-sama menghantar dua pasukan ke pertandingan tersebut. Alkisahnya pasukan Universiti Malaya 2 (UM2) dibarisi oleh Azri Zahir Bin Azmi, Azizi Bin Abu Bakar Teoh, Mohd Zulpadhli Khairuddin dan Udesh Chafkar Bashkaran (selaku simpanan). Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 1 (UIAM1) membariskan Syazwan, Nurul Husna, A. Akhiruddin @ Boy A. Acho dan Adira Adnan (dua pasukan ini berentap pada pertandingan separuh akhir). Di kesempatan ini saya memohon maaf jika nama-nama pendebat telah tersilap ejaan, kerana maklumat ini saya terima melalui panggilan telefon sahaja, dan tidak mempunyai masa untuk mengakses nama penuh semua yang terlibat. Bagi pasukan UM1 dan UIAM2, saya tidak mempunyai pengetahuan tentang nama-nama pendebatnya, khabarnya mereka membariskan muka baru yang masih belum ternama.

Menjelang pertandingan suku akhir pada 17-12-2006, ditakdirkan Tuhan UM2 telah dijadualkan bertemu dengan pasukan UIAM2. Pasukan UM2 ditakdirkan Tuhan mengalami musibah yang besar iaitu masalah ketidakcukupan anggota pasukan. Zulpadhli atau lebih dikenali sebagai “Otel” terpaksa meninggalkan pertandingan kerana terpaksa berkejar ke Kelana Jaya, untuk sama-sama mengikuti rombongan ahli keluarganya menghantar ibupaba mereka menunaikan haji ke Makkatul Mukarramah. Kiranya sikap Otel ini wajar disanjung kerana sanggup meninggalkan debat, yang menjadi kegilaan hidup remajanya di kampus UM, semata-mata untuk mengiringi ibubapanya dengan kehadirannya secara fizikal dan doa. Syabas Otel, kerana masih mengutamakan keluarga dari kegilaan mengejar piala dan glamor dunia debat. Ditakdirkan Tuhan lagi, seorang lagi anggota pasukan UM2, iaitu pendebat simpanan, Udesh, terpaksa balik kampung dengan segera kerana ingin menziarahi atuknya yang sedang “nazak”. Sikap Udesh ini juga wajar dipuji atas alasan yang sama. Maka dengan kedua-dua pendebat UM2 ini terpaksa meninggalkan debat, pasukan UM2 terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri daripada meneruskan pertandingan. Hal ini diputuskan oleh UM2 kerana menyedari bahawa pasukan yang tidak mempunyai anggota yang cukup tidak boleh lagi meneruskan pertandingan, dan jika pun mereka mahu meneruskan, kita semua pasti boleh bersetuju bahawa mereka tidak layak, dan wajar diisytiharkan kalah. Maka UM2 sekonyong-konyongnya berjumpalah akan Ketua Hakim pertandingan tersebut, iaitu En. Fauzi Othman (seorang Hakim Anugerah Tertinggi MADUM dari UTM) dan memaklumkan tentang masalah mereka.

Disebalik peraturan biasa yang kita tahu, En. Fauzi Othman bertindak lebih bijak kerana menolak permintaan tersebut dan mengajak hakim-hakim yang lain pada waktu itu untuk membincangkan masalah pasukan UM2 tersebut. Untuk rekod, En. Fauzi pada waktu ini bersama-sama dengan 4 hakim yang lain, iaitu En. Tajul (UiTM), seorang pegawai UTP dan 2 lagi Hakim daripada Urusetia, pegawai Jabatan Perpaduan. Setelah berbincang dengan panel hakim yang lain, En. Fauzi Othman, atas kesedaran dan ihsan kemanusiaan, telah memanggil kedua-dua pasukan UIAM2 dan UM2, dan menyatakan rasional bahawa oleh kerana pertandingan tersebut adalah peringkat suku akhir, adalah tidak wajar ada pasukan menarik diri, kerana banyak pertimbangan lain yang diambil kira bagi kepentingan dan kemeriahan pertandingan. Maka En. Fauzi meminta kebenaran (penting untuk dihitamkan dan digariskan) kedua-dua pasukan untuk meneruskan pertandingan tersebut, dan mencadangkan pasukan UM2 tidak menarik diri, sebaliknya mengambil seorang anggota simpanan pasukan UM1 (yang tidak layak ke suku akhir) untuk menyertai pasukan UM2. Permintaan ini dipersetujui, tidak dibantah dan disahkan sebulat suara  oleh UIAM2 (dan pastinya dipersetujui oleh lain-lain pendebat mereka, termasuklah Jurulatih dan pegawainya). UIAM2 kononnya dengan “macho”nya berkata: “Takde masalah, ini hal kecik sahaja”. Persetujuan ini melegakan semua pihak, dan membayangkan kebijaksaan En. Fauzi dan panel hakim yang lain dalam mengendalikan suasana yang jarang berlaku ini. Maka dengan itu UM2 telah mengambil anggota simpanan pasukan UM1, iaitu seseorang yang bernama Lee Ong Yam, dan pertandingan suku akhir tersebut diteruskan.

Ditakdirkan Tuhan lagi (tetapi tentunya Tuhan tidak mengutuskan takdir tanpa usaha), maka UM2 telah memenangi pertandingan suku akhir tersebut dengan penuh bergaya dengan mengalahkan pasukan UIAM2 dengan Juri: 5 – 0, Margin: 6.5, dan Pendebat Terbaik disandang oleh pendebat UM2 iaitu, Azizi Bin Abu Bakar Teoh.

Maka dengan kemenangan itu, UM2 akan bertemu pula pasukan UIAM1 pada pertandingan peringkat separuh akhir. Tup tup, menjelang pertandingan separuh akhir pada pagi tadi, terdapat desas desus bahawa Jawatankuasa Teknikal Hakim MADUM akan membatalkan pertandingan suku akhir antara UM2 dan UIAM2, serta akan memberikan kemenangan percuma kepada UIAM2 (walau pun setelah perlawanan dijalankan dan keputusan diumumkan oleh panel hakim yang diketuai oleh En. Fauzi Othman selaku Ketua Hakim pertandingan tersebut). Jika ini berlaku, tentulah UIAM2 akan secara otomatik bertanding sesama universiti mereka menentang UIAM1. Khabarnya kontinjen UIAM telah membantah keputusan tersebut, sebagai tidak sah, kononya kerana UM2 mengubah anggota pasukan. Bantahan ini dibuat selepas UIAM2 kalah dengan teruknya. (Dah kalah baru nak bantah, awal-awal setuju dengan penuh lagak!). Satu lagi khabar angin yang bertiup ialah bahawa UM2 akan dibenarkan berdebat pada separuh akhir tetapi dengan 2 orang pendebat sahaja.

Maka ditakdirkan Tuhan pertandingan separuh akhir pun bakal bermula. Tetapi sebelum pertandingan separuh akhir bermula, seorang hakim (saya anggapkan sebagai Ketua Hakim pertandingan tersebut), maka UM2 telah dimaklumkan oleh Hakim itu bahawa Jawatankuasa Teknikal MADUM telah memutuskan 2 syarat kepada UM2   iaitu:

1.                  Samada UM2 diisytihar kalah pertandingan suku akhir semalam kerana tidak cukup anggota, dan UIAM2 diberikan kemenangan percuma dan dibenarkan ke pertandingan separuh akhir tersebut; ATAU (hendaklah dibaca secara alternatif atau pilihan)

2.                  UM2 tidak boleh berdebat dengan 3 pendebat, sebaliknya hanya dengan 2 pendebat sahaja, iaitu Azri dan Azizi  sahaja yang merupakan anggota asal pasukan UM2. Penyertaan Lee Ong Yaw dibatalkan.

#          apakah yang dapat anda saksikan dari 2 syarat ini, bukankan ia bermakna satu syarat sahaja?. Membenarkan pasukan debat berdebat dengan 2  pendebat sahaja, menentang pasukan yang berdebat dengan 3 pendebat membawa maksud KEKALAHAN yang pasti kepada pasukan 2 pendebat, kerana markah bagi seorang pendebat akan menjadi kosong (“0”). Maksud yang lebih dalamnya ialah pasukan UIAM1 (yang bakal bertemu UM2) akan pasti menang, dan akan berentap di pertandingan akhir.

Oleh kerana hakim telah memberikan pilihan yang tidak adil ini kepada UM2, maka UM2 dengan nada protes memilih untuk meneruskan pertandingan dengan 2 pendebat sahaja, walau pun pasti bahawa mereka akan kalah. Maka berlangsunglah pertandingan separuh akhir Debat Perpaduan 2006, sepertimana pertandingan tinju yang mana seorang peninju diikat kaki dan tangannya! Maka berlangsunglah pertandingan lawan pedang tetapi seorang peserta dihalang dari membawa pedang! Justeru berlangsunglah pertandingan debat antara UIAM1 dengan 3 pendebat, melawan UM2 dengan 2 pendebat! Menarik bukan? Ini adalah sejarah pertandingan yang pertama di dunia, yang pertama di Malaysia. 3 lawan 2! Dan diputuskan oleh Ketua Teknikal Hakim MADUM, dan hendaklah dianggap sedemikian kerana dalam sesuatu pertandingan Ketua Teknikal Pertandingan adalah yang berkuasa menentukan keputusan akhir sesuatu kerumitan pertandingan! Tetapi harus diingat, keputusan Ketua Teknikal Hakim MADUM hendaklah berdasarkan peraturan yang sedia ada, dan bukannya berdasarkan selera mahupun nafsu sendiri. Kiranya minggu ini akan ada dua rekod berkenaan debat “Malaysia Book of Records – satu Debat 100 Jam UiTM yang bakal diadakan esok, dan satu lagi debat separuh akhir antara UIAM1 yang sihat dengan 3 pendebat, menentang UM2 yang cacat, dengan 2 pendebat, dan rekod ini telah disahkan pada pagi tadi.

Untuk rekod, pertandingan separuh akhir yang cacat ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan diadili oleh 5 hakim iaitu: En. Tajul (UiTM) selaku Ketua Hakim, En. Zalirizal (UPM), Ust. Manan (KUIM) dan 2 hakim dari Jabatan Perpaduan -  Untuk rekod yang lebih jelas, En. Tajul, En. Zalirizal dan Ust. Manan adalah Hakim Anugerah Kelas Tertinggi MADUM (sekarang ditukar nama kepada Anugerah Hakim Berjasa).

Saya tidak hairan kenapa UM2 memilih untuk meneruskan debat dengan 2 orang! Pertama atas dasar protes memandangkan pilihan yang diberikan MADUM tidak menggambarkan kewarasan dan berat sebelah. Kedua, tentunya kesempatan ini akan digunakan untuk menghancurkan pasukan UIAM1 baik dari segi nama mahupun kredibiliti kerana dilihat telah melibatkan campurtangan Ketua Teknikal Hakim MADUM, yang merubah keputusan walau pun dipersetujui sebelumnya (juga oleh Hakim Anugerah Tertinggi MADUM – En. Fauzi Othman), oleh UM2 dan UIAM2 (merujuk kepada pertandingan suku akhir). Debat ini pada hemat saya bukan pertandingan, tetapi lebih kepada lambang pertembungan musuh tradisi untuk melampiaskan sisa-sisa hayat pasukan UM2. Ketiga dan paling penting, UM2 menjunjung semangat “anak Melayu sekali menghunuskan keris, pantang menyisipnya kembali”. Walau pun mereka tahu mereka akan kalah (kerana markah satu pendebat akan pasti kosong), tetapi menjadi pantang kepada mereka untuk menyerah kalah!!!. Tetapi yang paling menarik, UM2 tidak keseorangan dalam protes ini, keseluruhan dewan yang menyaksikan pertandingan tersebut memberikan sokongan penuh dan padu kepada UM2, melainkan penyokong-penyokong UIAM sahaja. Nampak jelas sekali protes sekelian warga dewan, dan memperlecehkan sikap UIAM yang jelas tidak profesional dan tidak matang.

Maka bertarunglah UM2 yang cacat itu, dengan UIAM1 yang sihat. Keputusannya tentulah kita sedia maklum. Tidak mungkin UM2 akan menang. Dalam sistem juri bersyarat yang diamalkan MADUM (iaitu sistem juri yang mesti memberikan markah, dan tidak boleh memberikan kalah menang tanpa markag) UIAM1 dengan pasukan yang lengkap akan pasti menang. Maka dengan tersengih-sengih kegembiraan, UIAM diistiharkan menang. Melompat-lompatlah UIAM kerana esok hari mereka akan menjelajah pentas pertandingan akhir. Seronok bukan kepalang lagi pegawai UIAM, kerana jika menang mereka akan menjadi orang pertama tersengih-sengih mengejar kamera wartawan. Ketua Hakim pun mengistiharkan UIAM menang. Bersoraklah kem UIAM, berbangga dengan kemenangan melalui pertandingan yang cacat itu. Bongkaklah sekelian bala tentera UIAM, meraikan kemenangan pertandingan yang paling pelik dalam sejarah tamadun manusia moden. Tentunya sewaktu artikel ini ditulis, pendebat UIAM, Jurulatih dan Pegawainya sedang meraikan kemenangan yang boleh dikategorikan sebagai catatan “Malaysia Book of Records”. Ya! Mereka akan berbangga ke akhir hayatnya, tanpa seorang pun dari kalangan mereka yang akan mempersoalkan apa keputusan Ketua Teknikal MADUM ini adil? Apakah profesional? Apakah ia sesuatu yang mulia? Apakah ia melambangkan satu kebanggaan yang sejati?

Tetapi dalam UIAM menang dengan kebanggaan itu, Pendebat Terbaik pertandingan ini, tetap disandang oleh pendebat pasukan UM2 yang cacat, iaitu saudara Azizi Bin Abu Bakar Teoh. Hakikatnya, sewaktu para hakim ingin memilih pendebat terbaik pertandingan tersebut, terdapat 2 calon yang dipilih, dan kedua-duanya adalah pendebat UM2. Kedua-duanya adalah saudara Azri Zakir Bin Azmi (mendapat 1 undi), dan Azizi Bin Abu Bakar Teoh (mendapat 4 undi). Maka, keluarlah UM2 dari gelanggang pertandingan separuh akhir, juga dengan penuh kepuasan, sekurang-kurangnya Pendebat Terbaik milik mereka, di kala keputusan pertandingan separuh akhir sudah diketahui seawal pertandingan.

Dari segala persembahan fakta kes ini, saya melihat betapa curangnya perjalanan pertandingan ini. Apabila En. Fauzi dan 4 panel hakim menolak penarikan diri UM2 seawal pertandingan suku akhir, dan meminta kebenaran pasukan UIAM2 untuk membenarkan pertandingan tersebut diteruskan dan UM2 diberi peluang untuk mengambil anggota pasukan UM1, saya melihat En. Fauzi mempamerkan kematangan, keadilan, sikap yang penuh jujur untuk menyerikan lagi pertandingan debat ini. En. Fauzi, selaku Hakim Kelas Tertinggi MADUM, dan merupakan antara yang paling lama dan berjasa kepada MADUM, jelas tidak mengecewakan kita, sewaktu membuat keputusan sedemikian. Ia tidak mengecewakan UIAM, kerana UIAM sendiri dengan bongkaknya telah menyatakan persetujuan. UM tentunya berterima kasih kepada beliau, keputusannya di waktu itu amat bijak, mendahului pemikiran kita yang mungkin memutuskan untuk menerima penarikan diri UM2. Jika En. Fauzi tidak memikirkan nasib pertandingan, tentunya beliau mengambil jalan yang mudah, untuk menerima penarikan diri UM2 dan mengistiharkan UIAM2 sebagai pemenang. Kerana itu adalah peraturan umum! En. Fauzi tidak bersendirian dalam hal ini. Beliau mendapat sokongan hakim-hakim lain, dan juga pegawai-pegawai dari Jabatan Perpaduan. En. Fauzi telah mencelikkan mata kita, bahawa peraturan biasa debat boleh diadaptasikan dengan penuh hemat, dalam kes-kes berkecuali, pastinya dengan persetujuan pihak-pihak yang berkepentingan (dalam kes ini UM dan UIAM), demi mutu dan profesionalisme pertandingan. En. Fauzi wajar dipuji, atas inisitif yang penuh bijaksana itu.

Tetapi yang menyedihkan, kenapa UIAM2 selepas kalah baru nak membantah? Dimanakah harga diri mereka, yang telah melafazkan janji kemudian menariknya semula, selepas mereka kalah? Dimanakah prinsip yang dijunjung, bahawa setiap kata hendaklah di kota? Ini bukan perihal menguruskan akaun kelab, yang mana wang kita boleh hilang tetapi kita diamkan, semata-mata kerana tidak mahu kedudukan kita dalam pasukan goyah?! Apakah tidak menimbulkan satu “kemaluan” yang besar kepada keseluruhan kontinjen UIAM dengan pendirian “yang tiada pendirian” ini? Apakah kebanggaan sementara untuk menyertai pertandingan akhir itu, akan dapat memulihkan imej UIAM yang sedia tercemar? Sayang sekali semua ini berlaku, dan banyak lagi episod-episod malang berlaku, sewaktu saya (dan kami di AD) tidak lagi bersama mereka. Demi Tuhan, saya tidak akan membenarkan hal ini berlaku, memberi kebenaran dan menarik semula kebenaran, jika saya masih kekal dengan portfolio lama dalam kontinjen UIAM. Bahkan, sejak zaman berzaman, UIAM yang saya kenali, tidak akan membuat bantahan dalam apa jua pertandingan, sekali pun dianggap teraniaya. Biarlah Tuhan hadir dengan urusannya! Lebih memeritkan, kerana dengan insiden ini, saya tidak mampu berbuat apa-apa, termasuk tidak layak untuk menghulurkan utusan maaf kepada pasukan UM. Ini persoalan intergriti diri, apakah kemenangan lebih penting dari profesionalisma dan harga diri? Saya menyeru mereka melihat dengan lebih waras, lebih jauh dari bertuhankan nafsu kemenangan semata-mata. Dalam dunia debat, kita tidak dikenali kerana kemenangan, tetapi kualiti dan harga diri. Sejauh mana kita boleh berbangga dengan kemenangan, jika tidak mempunyai harga diri. Jika pun kita menjadi Johan, satu Malaya akan menyumpah seranah kita dengar taktik kotor yang tidak bermaruah ini. Saya melontarkan teguran ini kepada pasukan UIAM, sebuah pasukan yang pernah lama saya junjung, lebih dari satu dekad. Tetapi saban hari selepas saya dan rakan-rakan bertekad meninggalkan mereka, atas nama intergriti dan tidak ingin bersubahat dalam konspirasi pecah amanah pengurusan dana amanah, nampaknya Tuhan semakin menjelmakan isihati masing-masing. Isihati tunggak kejahatan semakin menjelma. Saya mengambil kesempatan ini untuk menasihati adik-adik saya, dari jauh, cerminkanlah maruah dan harga diri! Tiada gunanya anda mendabik dada dengan kemenangan itu, kerana tanpa bantahan dari kalangan anda, sudah tentu syarat yang curang itu tidak diberikan kepada UM. Tanpa penglibatan yang serius dari Ketua Teknikal MADUM, yang juga pegawai anda, tentunya bantahan itu tidak akan dilayan, kerana hakim dan penganjur pada pertandingan suku akhir telah memutuskan sedemikian, atas persetujuan bersama. Jika anda bacul untuk berdepan dengan UM, atau mana-mana pasukan debat, dikala mereka menghadapi musibah seperti mana yang dialami oleh UM menjelang pertandingan suku akhir, maka tidak perlu “tunjuk macho”, jangan “bersikap munafik”, usahlah “bermulut manis”  - untuk memberikan KEBENARAN dan kemudiannya menarik semula setelah nafsu kita dipatahkan oleh lawan. Saya malu mendengar perkembangan ini, walau pun saya tidak bersama anda lagi. Jika saya masih layak bercakap bagi pihak anda, saya dengan mudah akan katakan kepada UM – “Kami mohon ampun dan maaf, tahniah kerana menang, dan teruskan perjuangan!”.

Saya juga terpinga-pinga, jika En. Fauzi bersama hakim lain dan jawatankuasa penganjur atau Urusetia, memberikan pengecualian kepada UM2 sewaktu pertandingan suku akhir, atas persetujuan UIAM, untuk menukar anggota pasukan UM dan meneruskan perlawanan itu, apakah keputusan tersebut tidak mengikat MADUM? Apakah keputusan yang dibuat En. Fauzi tidak layak diterima oleh Ketua Teknikal Hakim MADUM? Bukankah mengubah keputusan yang dibuat oleh En. Fauzi dan 4 lagu hakim suku akhir atas persetujuan UIAM sendiri, adalah bentuk penghinaan kepada lain-lain Hakim Kelas Tertinggi MADUM? Apakah keputusan itu seharusnya, apabila diterima, tidak wajar ditarik semula? Apakah MADUM tidak malu dengan pendirian yang cacamerba ini? Tetapi kita seharusnya faham, bahawa dalam kes-kes kontroversi sebegini, keputusan akhir adalah di tangan Ketua Teknikal Hakim (MADUM) sesebuah pertandingan debat.

Jika Ketua Tenikal Hakim MADUM ingin membatalkan penyertaan UM2 sewaktu pertandingan suku akhir, maka batalkan sahaja! Kenapa perlu membenarkan UM2 bertanding pada separuh akhir, dengan hanya 2 orang pendebat. Bukankah ini peraturan zaman batu? Tidak terfikir oleh saya dan anda sekelian, pertandingan debat sedemikian! Tidak usahlah menunjukkan kita cuba berlaku adil dengan membenarkan UM2 bertanding pada separuh akhir, kalau hanya dengan 2 pendebat. Hakikat ini membuktikan bahawa kita sudah menjanjikan kekalahan kepada UM2. Jika ingin berlagak ikhlas, jangan pula kita mengikat kaki dan tangan pasukan yang bertanding, semata-mata untuk memberi kelebihan kepada pasukan sendiri. Saya tidak faham, kenapa manusia yang sering menjunjung bahawa beliaulah yang paling terbaik dalam MADUM, boleh membuat keputusan sedemikian. Jika keputusan En. Fauzi dan hakim suku akhir tidak boleh diterima, dan tidak layak mengikat MADUM, maka seharusnya Ketua Teknikal Hakim MADUM kembalikan “status quo”. Kembalikan status quo akan membawa maksud, UM2 perlu diistiharkan kalah, kerana gagal menyediakan anggota pasukan yang lengkap. Kerana peraturan pertandingan debat tidak akan membenarkan pasukan yang tidak cukup anggota selama 15 minit selepas pertandingan sepatutnya dimulakan, meneruskan pertandingan. Pasukan itu hendaklah diistiharkan KALAH! Peraturan ini ada tercatat dalam setiap buku-buku cenderahati pertandingan. Apakah ini tidak dilihat oleh Ketua Teknikal Hakim MADUM, semata-mata cuba menunjukkan “keikhlasannya”. Jika pun Ketua Teknikal Hakim MADUM, mempunyai kuasa untuk “overrule” keputusan hakim pertandingan suku akhir, Ketua Teknikal Hakim MADUM perlu faham, bahawa kuasanya hanya mengekalkan status quo peraturan yang diputuskan oleh mesyuarat MADUM. Dan bukannya memperkenalkan peraturan baru, iaitu membenarkan pasukan dengan 2 orang pendebat meneruskan perlawanan. Ini bahananya, jika “keihklasan dan kejujuran” hanya cuba dilakunkan, tetapi tidak terpancar dari hati nurani sendiri!

Dan setelah meniliti dengan lebih jauh, barulah saya faham segala episod yang memualkan ini, bahawa Ketua Teknikal Hakim, bagi pertandingan Debat Perpaduan 2006 ialah Mohd Khair Ngadiron (gambar). Mohd Khair Ngadiron adalah Penasihat Seumur Hidup Kelab Debat Bahasa Melayu, UIAM dan merupakan pegawai universiti yang sama. Untuk rekod, Mohd Khair Ngadiron juga adalah Ketua Teknikal Hakim MADUM sewaktu Debat Alam Sekitar 2006, di USM, sewaktu UIAM muncul sebagai Johan pertandingan tersebut.

Gambar: Mohd Khair Ngadiron, Ketua Teknikal Hakim MADUM bagi pertandingan Debat Perpaduan 2006.

SEPARUH AKHIR DEBAT PERPADUAN 2006: KETUA TEKNIKAL HAKIM MADUM UNDANG KONTROVERSI

Wednesday, January 10th, 2007

[PETIKAN akademidebat.com]

18/12/2006, UKM, Bangi: Pertandingan separuh akhir antara UM2 dan UIAM1 telah mencetuskan kontroversi yang paling besar dalam sejarah dunia debat di Malaysia. Buat pertama kalinya, sebuah pasukan hanya dibenarkan bertanding dengan 2 orang pendebat sahaja, sedangkan di pihak yang satu lagi dengan 3 orang pendebat. Hal ini berlaku apabila pasukan UM2 hanya dibenarkan berdebat dengan 2 orang pendebat sahaja, melawan pasukan UIAM dengan 3 pendebat. Keputusan yang pelik ini dibuat oleh Ketua Teknikal Hakim MADUM, En. Mohd Khair Ngadiron (UIAM), bagi menangani kontroversi ketidakcukupan anggota pasukan UM, dan sekaligus ‘mengubah’ keputusan Panel Hakim pertandingan suku akhir sehari sebelum itu yang diketuai oleh En. Fauzi Othman (UTM). Pada peringkat suku akhir antara UM2 dan UIAM2, Panel Hakim selepas perbincangan, dan atas persetujuan UIAM2, telah menolak penarikan diri pasukan UM2 dan memberi kebenaran kepada pasukan UM2 untuk mengambil seorang pendebat simpanan UM1 (yang tidak layak ke pertandingan suku akhir) bagi menggantikan 2 orang pendebat UM2 yang terpaksa meninggal pertandingan atas sebab-sebab keluarga yang tidak dapat dielakkan.

Walau bagaimana pun, selepas UIAM1 tewas dengan Juri 5-0 ke tangan UM2, margin: 6.5 dan Pendebat Terbaik disandang oleh UM2, iaitu saudara Azizi Bin Abu Bakar Teoh, UIAM1 (dan seluruh kontinjen UIAM) telah membuat bantahan kepada pihak penganjur, dan bantahan tersebut seterusnya disalurkan kepada Jawatankausa Teknikal Hakim MADUM untuk diputuskan.

Akibat daripada keputusan itu yang memelikkan itu, pertandingan separuh akhir antara UM2 dan UIAM2 tersebut menjadi satu-satu pertandingan yang diragui keabsahannya, kerana pertandingan debat yang digariskan oleh MADUM, hanya membenarkan pertandingan debat dijalankan apabila semua pasukan mempunyai anggota yang lengkap (iaitu 3 pendebat) bagi sesuatu pertandingan. Peraturan debat MADUM, bahkan semua peraturan debat di Malaysia (bagi apa juga format dan pertandingan) memperuntukkan bahawa pasukan yang tidak cukup anggota untuk berdebat, selepas 15 minit sesuatu pertandingan itu sepatutnya dimulakan, hendaklah diisytiharkan kalah oleh Ketua Hakim pertandingan. Tetapi keputusan Ketua Teknikal Hakim MADUM bagi Debat Perpaduan kali ini amat memeranjatkan semua pihak, terutama apabila Ketua Teknikal Hakim MADUM itu sendiri adalah merupakan pegawai UIAM, yang terlibat dalam kontroversi tersebut.

Dalam pertandingan separuh akhir tersebut, UIAM1 telah memenangani perlawanan tersebut tetapi Pendebat Terbaik sekali lagi disandang oleh pendebat UM2, iaitu saudara Azizi Bin Abu Bakar Teoh. Suasana kontroversi pertandingan Debat Perpaduan pada kali ini, bukan sahaja melibatkan pasukan UM dan UIAM sahaja, tetapi turut dikongsi oleh semua pendebat universiti-universiti lain, yang rata-rata memberikan sokongan moral yang jitu dan padu kepada pasukan UM. Sokongan jitu kepada UM tersebut, jelas memperlihatkan sikap para pendebat dan dunia debat, yang dilihat sebagai memperlecehkan pendirian UIAM yang memberikan kebenaran kepada pasukan UM2 untuk menukar anggota pasukan sewaktu pertandingan suku akhir, tetapi kemudian membuat bantahan selepas ditumpaskan dengan teruk oleh pasukan UM2.

Lebih memeranjatkan semua pendebat, sewaktu pengumuman pasukan yang layak ke pertandingan akhir, pihak Urusetia tidak menayangkan "multimedia" ranking dan keputusan pertandingan separuh akhir, seperti yang sering dilakukan sebelum ini. Tindakan ini dilihat oleh banyak pihak sebagai cubaan untuk "damage control" oleh Ketua Teknikal Hakim MADUM, untuk menutup kontroversi dan kesilapan yang maha besar dalam sejarah perdebatan negara.