DEBAT PERPADUAN:UM MENANG BERMARUAH!

January 10th, 2007 by katarsis

[oleh:-firdaus arham-/pendebat UM]

PERISTIWA DI DEBAT PERPADUAN DAN
INTEGRASI NASIONAL MENJADI PERSOALAN
KEHEBATAN MADUM DALAM PENYELARASANNYA
SEBAGAI BADAN YANG MENGURUSKAN DEBAT
DI ANTARA UNIVERSITI2 DI MALAYSIA.PADA
PERLAWANAN SUKU AKHIR, UNIVERSITI
MALAYA TELAH PUN MENGUMUMKAN UNTUK
PENARIKAN DIRI DARIPADA BERTANDING
KERANA 2 DARIPADA AHLINYA TIDAK ADA,
SEORANG AYAHNYA MATI DAN SEORANG LAGI
IBU BAPA NYA PERGI MENUNAIKAN
HAJI.NAMUN PENARIKAN DIRI INI TIDAK
DIBENARKAN OLEH SEORANG KETUA HAKIM
YANG RAMAI ORANG KENALI. ADA YANG
MENGATAKAN KERANA TIDAK MAHU ANAK
BUAHNYA BERLAWAN DENGAN TEAM UTM2,
MAKA KETUA HAKIM TERSEBUT MEMBERIKAN
PELUANG KEPADA UM UNTUK HANTAR AHLI
DARI PASUKAN UM1.TETAPI ADA BEBERAPA
SYARAT IAITU TIDAK MAHU PESERTA YANG
MASUK ITU BERBANGSA MELAYU SEBALIKNYA
MEREKA MEMILIH LEE ENG YEOW UNTUK
BERAKSI DI SUKU AKHIR MENENTANG TEAM
UIAM2.DIA INGAT LEE NIE TAK DE
OTAK,BUDAK NI BIJAK TAPI SUSUNAN AYAT
TAK BERAPA BETUL
SKIT.TUP..TUP..TUP..MENANGLAH TEAM UM2
YANG DIANGGOTAI OLEH AZIZI,AZRI DAN
LEE.TIBA2 PENYELARAS MADUM KEMBALI
BERSIDANG,YELAH KETUA HAKIM TUE
PANASLAH TELINGA BILA ANAK BUAH KENA
BELASAH 5-0 DENGAN MARGIN 6.4.APALAGI
MEREKA TIDAK BERI PELUANG KEPADA TEAM
UM UNTUK BERAKSI DI PENTAS SEPARUH
AKHIR DENGAN TEAM YG DIPERSETUJUI PADA
AWALNYA.MAKNANYA PERLAWANAN DEBAT 3
LAWAN 2.TEAM UIAM1 LAWAN UM YANG CUMA
AHLI ASALNYA IAITU AZIZI DAN
AZRI…..LOGIK AKAL KE KALO 3 LAWAN
2.INI TINDAKAN BODOH HAKIM2 DAN
TINDAKAN BACUL BAGI UNIVERSITI YANG
DESPERATE NAK JOHAN….NAMUN,ALLAH TUE
NAK TUNJUKKAN KEBENARAN BAGI ORANG
YANG TAK IKHLAS…WALAUPUN UM KALAH
TAPI SEBENARNYA UM MENANG DARI SEGI
HUJAH,BIDASAN,SOKONGAN UNIVERSITI
LAIN.UIAM NAMPAK KELIHATAN PENDEBAT
TAK DE OTAK DI PENTAS SEPARUH
AKHIR.DIPERBODOH2KAN OLEH AZIZI DAN
AZRI YG MERUPAKAN TAHUN PERTAMA
BERDEBAT DI UNIVERSITI DAN TIDAK
SEPERTI HUSNA,SYAZWAN ATAU BOY YG
SUDAH BERTAHUN2 TERLIBAT DENGAN DEBAT
UNIVERSITI.YANG KELAKAR SEKALI
PENDEBAT UIAM TAHUN LIMA TUE HARAP2
ISTIGHFAR DENGAN KENYATAAN MURATAD
YANG ANDA KELUARKAN.SEMOGA BERTAUBAT
KE JALAN YANG BENAR.TAHNIAH DI ATAS
KEMENANGAN.

DEBAT PERPADUAN 2006: SEPARUH AKHIR ANTARA UM –LWN- UIAM CETUSKAN KONTROVERSI, MEMALUKAN MADUM!!

January 10th, 2007 by katarsis

[Oleh:  Wan Rohimi Bin Wan Daud/akademidebat.com]

18/12/2006:   Lewat waktu ini kesibukan melanda kami di AD. Pertandingan debat yang diadakan hampirkan setiap minggu selepas pertandingan Debat Diraja 2006 di UNIMAS, kemudian diikuti pula dengan Debat IKIM, dan kini sedang berlangsung pula pertandingan Debat Perpaduan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Esok dijadualkan pertandingan akhir Debat Perpaduan 2006 yang bakal menemukan UKM selaku tuanrumah dengan UIAM. Disebabkan kesibukan yang amat mencengkam ini, di waktu hujung tahun sewaktu semua akaun hendaklah diaudit dan ditutup, menjelang pengistiharan bonus tahunan kepada kakitangan-kakitangan swasta, dan keuntungan tahunan kepada majikan-majikan swasta, maka kami di AD memohon jutaan ampun dan maaf kerana tidak dapat bersama dalam Debat Perpaduan dan justeru, tidak dapat memberikan maklumat langsung kepada semua penghuni laman web ini. Walau apa pun keadaannya, perkembangan-perkembangan menarik pertandingan debat akan sentiasa disampaikan kepada kami oleh pendebat-pendebat, para pemerhati, pegawai-pegawai universiti, urusetia-urusetia pertandingan secara percuma, kerana kami di AD juga berkhidmat secara percuma. Walau pun sesetengah orang mempersoalkan kami mungkin mendapat “untung” dari perkara-perkara lain, saya tidak pasti, kerana yang kami pasti segala yang kami lakukan ialah untuk manfaat terbaik kepada semua, tanpa sebarang orientasi keuntungan. Jika kami terpaksa mengkritik, mendedahkan kepincangan, itu juga adalah manfaat kepada yang cintakan dunia debat menjadi landasan yang adil untuk meningkatkan pembangunan modal insan kepada anak bangsa kita. Jika ada yang menuduh laporan kami berat sebelah, itu juga mungkin benar, kerana kami tidak memilih “jalan selamat” mahupun “playsafe” dalam laporan kami jika ada mangsa yang teraniaya. Kami berpendirian bahawa yang teraniaya perlu dibela dalam semua keadaan. Kami tidak mahu dan tidak akan menjunjung sikap "assobiyah" kerana baginda s.a.w bersabda (mafhumnya): "Bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assobiyyah, bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang berjuang atas dasar assobiyyah, dan bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang gugur atas jalan assobiyyah. Maka bertanyalah seorang sahabat (r.a), siapa itu assobiyyah Ya Rasulullah (s.a.w), baginda menjawab: yakni orang-orang yang membantu saudaranya di atas dasar kezaliman". Jika ramai pejuang sanggup “berhujan peluru bermandi darah” untuk mempertahankan kebenaran dan keadilan, maka dalam konteks debat, kami bersama-sama dengan mereka. Menongkah arus dan menjadi pendokong haluan kiri dalam sestengah keadaan adalah perlu untuk “check and balance” dan menjadi faktor pengimbang kepada pola penyalahgunaan kuasa yang semakin menghimpit kita semua. Presiden Hugo Chavez (venezuela), Kim Jong-il (Korea Utara) dan Presiden Mahmoud Ahmadinejad (Iran) amat ditakuti Presiden Bush yang bacul itu, walau pun nama-nama ini adalah berpendirian kiri dalam konteks politik antarabangsa. Tetapi dalam sejarah dunia, golongan berhaluan kiri sentiasa digeruni kerana prinsip, jihad dan kebenaran yang dipegang tidak akan dapat digoyangkan walau pun mereka dihumban ke lubang kubur! Walau pun mereka kelihatan tidak bermaya, tiada kekuatan, tiada sokongan, tetapi usiklah mereka jika ada yang ingin merasai bahang neraka  yang akan diutuskan ke dunia anda serta-merta!

Tentu sekali apa yang bakal dihidangkan di sini, pada kali ini, pada ketika ini, amat memual dan menjijikkan kita semua. Tetapi yang menyedihkan kita, nama baik MADUM akan terpalit sama. Semuanya gara-gara tindakan Ketua Teknikal Hakim dan sekutunya yang membuat tindakan yang amat tidak profesional, "mala fide" dan jauh dari mencerminkan penglibatan dan pengalaman yang terlalu lama dalam MADUM.

Baiklah, biarlah saya meneruskan pena dengan memperihalkan apa sebenarnya yang berlaku pada hari semalam, menjelang pertandingan suku akhir antara UM –lwn- UIAM, dan pagi tadi, sewaktu pertandingan separuh akhir yang juga melibatkan pasukan yang dari univerisiti yang sama.

Pada Debat Perpaduan kali ini, UM dan UIAM sama-sama menghantar dua pasukan ke pertandingan tersebut. Alkisahnya pasukan Universiti Malaya 2 (UM2) dibarisi oleh Azri Zahir Bin Azmi, Azizi Bin Abu Bakar Teoh, Mohd Zulpadhli Khairuddin dan Udesh Chafkar Bashkaran (selaku simpanan). Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 1 (UIAM1) membariskan Syazwan, Nurul Husna, A. Akhiruddin @ Boy A. Acho dan Adira Adnan (dua pasukan ini berentap pada pertandingan separuh akhir). Di kesempatan ini saya memohon maaf jika nama-nama pendebat telah tersilap ejaan, kerana maklumat ini saya terima melalui panggilan telefon sahaja, dan tidak mempunyai masa untuk mengakses nama penuh semua yang terlibat. Bagi pasukan UM1 dan UIAM2, saya tidak mempunyai pengetahuan tentang nama-nama pendebatnya, khabarnya mereka membariskan muka baru yang masih belum ternama.

Menjelang pertandingan suku akhir pada 17-12-2006, ditakdirkan Tuhan UM2 telah dijadualkan bertemu dengan pasukan UIAM2. Pasukan UM2 ditakdirkan Tuhan mengalami musibah yang besar iaitu masalah ketidakcukupan anggota pasukan. Zulpadhli atau lebih dikenali sebagai “Otel” terpaksa meninggalkan pertandingan kerana terpaksa berkejar ke Kelana Jaya, untuk sama-sama mengikuti rombongan ahli keluarganya menghantar ibupaba mereka menunaikan haji ke Makkatul Mukarramah. Kiranya sikap Otel ini wajar disanjung kerana sanggup meninggalkan debat, yang menjadi kegilaan hidup remajanya di kampus UM, semata-mata untuk mengiringi ibubapanya dengan kehadirannya secara fizikal dan doa. Syabas Otel, kerana masih mengutamakan keluarga dari kegilaan mengejar piala dan glamor dunia debat. Ditakdirkan Tuhan lagi, seorang lagi anggota pasukan UM2, iaitu pendebat simpanan, Udesh, terpaksa balik kampung dengan segera kerana ingin menziarahi atuknya yang sedang “nazak”. Sikap Udesh ini juga wajar dipuji atas alasan yang sama. Maka dengan kedua-dua pendebat UM2 ini terpaksa meninggalkan debat, pasukan UM2 terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri daripada meneruskan pertandingan. Hal ini diputuskan oleh UM2 kerana menyedari bahawa pasukan yang tidak mempunyai anggota yang cukup tidak boleh lagi meneruskan pertandingan, dan jika pun mereka mahu meneruskan, kita semua pasti boleh bersetuju bahawa mereka tidak layak, dan wajar diisytiharkan kalah. Maka UM2 sekonyong-konyongnya berjumpalah akan Ketua Hakim pertandingan tersebut, iaitu En. Fauzi Othman (seorang Hakim Anugerah Tertinggi MADUM dari UTM) dan memaklumkan tentang masalah mereka.

Disebalik peraturan biasa yang kita tahu, En. Fauzi Othman bertindak lebih bijak kerana menolak permintaan tersebut dan mengajak hakim-hakim yang lain pada waktu itu untuk membincangkan masalah pasukan UM2 tersebut. Untuk rekod, En. Fauzi pada waktu ini bersama-sama dengan 4 hakim yang lain, iaitu En. Tajul (UiTM), seorang pegawai UTP dan 2 lagi Hakim daripada Urusetia, pegawai Jabatan Perpaduan. Setelah berbincang dengan panel hakim yang lain, En. Fauzi Othman, atas kesedaran dan ihsan kemanusiaan, telah memanggil kedua-dua pasukan UIAM2 dan UM2, dan menyatakan rasional bahawa oleh kerana pertandingan tersebut adalah peringkat suku akhir, adalah tidak wajar ada pasukan menarik diri, kerana banyak pertimbangan lain yang diambil kira bagi kepentingan dan kemeriahan pertandingan. Maka En. Fauzi meminta kebenaran (penting untuk dihitamkan dan digariskan) kedua-dua pasukan untuk meneruskan pertandingan tersebut, dan mencadangkan pasukan UM2 tidak menarik diri, sebaliknya mengambil seorang anggota simpanan pasukan UM1 (yang tidak layak ke suku akhir) untuk menyertai pasukan UM2. Permintaan ini dipersetujui, tidak dibantah dan disahkan sebulat suara  oleh UIAM2 (dan pastinya dipersetujui oleh lain-lain pendebat mereka, termasuklah Jurulatih dan pegawainya). UIAM2 kononnya dengan “macho”nya berkata: “Takde masalah, ini hal kecik sahaja”. Persetujuan ini melegakan semua pihak, dan membayangkan kebijaksaan En. Fauzi dan panel hakim yang lain dalam mengendalikan suasana yang jarang berlaku ini. Maka dengan itu UM2 telah mengambil anggota simpanan pasukan UM1, iaitu seseorang yang bernama Lee Ong Yam, dan pertandingan suku akhir tersebut diteruskan.

Ditakdirkan Tuhan lagi (tetapi tentunya Tuhan tidak mengutuskan takdir tanpa usaha), maka UM2 telah memenangi pertandingan suku akhir tersebut dengan penuh bergaya dengan mengalahkan pasukan UIAM2 dengan Juri: 5 – 0, Margin: 6.5, dan Pendebat Terbaik disandang oleh pendebat UM2 iaitu, Azizi Bin Abu Bakar Teoh.

Maka dengan kemenangan itu, UM2 akan bertemu pula pasukan UIAM1 pada pertandingan peringkat separuh akhir. Tup tup, menjelang pertandingan separuh akhir pada pagi tadi, terdapat desas desus bahawa Jawatankuasa Teknikal Hakim MADUM akan membatalkan pertandingan suku akhir antara UM2 dan UIAM2, serta akan memberikan kemenangan percuma kepada UIAM2 (walau pun setelah perlawanan dijalankan dan keputusan diumumkan oleh panel hakim yang diketuai oleh En. Fauzi Othman selaku Ketua Hakim pertandingan tersebut). Jika ini berlaku, tentulah UIAM2 akan secara otomatik bertanding sesama universiti mereka menentang UIAM1. Khabarnya kontinjen UIAM telah membantah keputusan tersebut, sebagai tidak sah, kononya kerana UM2 mengubah anggota pasukan. Bantahan ini dibuat selepas UIAM2 kalah dengan teruknya. (Dah kalah baru nak bantah, awal-awal setuju dengan penuh lagak!). Satu lagi khabar angin yang bertiup ialah bahawa UM2 akan dibenarkan berdebat pada separuh akhir tetapi dengan 2 orang pendebat sahaja.

Maka ditakdirkan Tuhan pertandingan separuh akhir pun bakal bermula. Tetapi sebelum pertandingan separuh akhir bermula, seorang hakim (saya anggapkan sebagai Ketua Hakim pertandingan tersebut), maka UM2 telah dimaklumkan oleh Hakim itu bahawa Jawatankuasa Teknikal MADUM telah memutuskan 2 syarat kepada UM2   iaitu:

1.                  Samada UM2 diisytihar kalah pertandingan suku akhir semalam kerana tidak cukup anggota, dan UIAM2 diberikan kemenangan percuma dan dibenarkan ke pertandingan separuh akhir tersebut; ATAU (hendaklah dibaca secara alternatif atau pilihan)

2.                  UM2 tidak boleh berdebat dengan 3 pendebat, sebaliknya hanya dengan 2 pendebat sahaja, iaitu Azri dan Azizi  sahaja yang merupakan anggota asal pasukan UM2. Penyertaan Lee Ong Yaw dibatalkan.

#          apakah yang dapat anda saksikan dari 2 syarat ini, bukankan ia bermakna satu syarat sahaja?. Membenarkan pasukan debat berdebat dengan 2  pendebat sahaja, menentang pasukan yang berdebat dengan 3 pendebat membawa maksud KEKALAHAN yang pasti kepada pasukan 2 pendebat, kerana markah bagi seorang pendebat akan menjadi kosong (“0”). Maksud yang lebih dalamnya ialah pasukan UIAM1 (yang bakal bertemu UM2) akan pasti menang, dan akan berentap di pertandingan akhir.

Oleh kerana hakim telah memberikan pilihan yang tidak adil ini kepada UM2, maka UM2 dengan nada protes memilih untuk meneruskan pertandingan dengan 2 pendebat sahaja, walau pun pasti bahawa mereka akan kalah. Maka berlangsunglah pertandingan separuh akhir Debat Perpaduan 2006, sepertimana pertandingan tinju yang mana seorang peninju diikat kaki dan tangannya! Maka berlangsunglah pertandingan lawan pedang tetapi seorang peserta dihalang dari membawa pedang! Justeru berlangsunglah pertandingan debat antara UIAM1 dengan 3 pendebat, melawan UM2 dengan 2 pendebat! Menarik bukan? Ini adalah sejarah pertandingan yang pertama di dunia, yang pertama di Malaysia. 3 lawan 2! Dan diputuskan oleh Ketua Teknikal Hakim MADUM, dan hendaklah dianggap sedemikian kerana dalam sesuatu pertandingan Ketua Teknikal Pertandingan adalah yang berkuasa menentukan keputusan akhir sesuatu kerumitan pertandingan! Tetapi harus diingat, keputusan Ketua Teknikal Hakim MADUM hendaklah berdasarkan peraturan yang sedia ada, dan bukannya berdasarkan selera mahupun nafsu sendiri. Kiranya minggu ini akan ada dua rekod berkenaan debat “Malaysia Book of Records – satu Debat 100 Jam UiTM yang bakal diadakan esok, dan satu lagi debat separuh akhir antara UIAM1 yang sihat dengan 3 pendebat, menentang UM2 yang cacat, dengan 2 pendebat, dan rekod ini telah disahkan pada pagi tadi.

Untuk rekod, pertandingan separuh akhir yang cacat ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan diadili oleh 5 hakim iaitu: En. Tajul (UiTM) selaku Ketua Hakim, En. Zalirizal (UPM), Ust. Manan (KUIM) dan 2 hakim dari Jabatan Perpaduan -  Untuk rekod yang lebih jelas, En. Tajul, En. Zalirizal dan Ust. Manan adalah Hakim Anugerah Kelas Tertinggi MADUM (sekarang ditukar nama kepada Anugerah Hakim Berjasa).

Saya tidak hairan kenapa UM2 memilih untuk meneruskan debat dengan 2 orang! Pertama atas dasar protes memandangkan pilihan yang diberikan MADUM tidak menggambarkan kewarasan dan berat sebelah. Kedua, tentunya kesempatan ini akan digunakan untuk menghancurkan pasukan UIAM1 baik dari segi nama mahupun kredibiliti kerana dilihat telah melibatkan campurtangan Ketua Teknikal Hakim MADUM, yang merubah keputusan walau pun dipersetujui sebelumnya (juga oleh Hakim Anugerah Tertinggi MADUM – En. Fauzi Othman), oleh UM2 dan UIAM2 (merujuk kepada pertandingan suku akhir). Debat ini pada hemat saya bukan pertandingan, tetapi lebih kepada lambang pertembungan musuh tradisi untuk melampiaskan sisa-sisa hayat pasukan UM2. Ketiga dan paling penting, UM2 menjunjung semangat “anak Melayu sekali menghunuskan keris, pantang menyisipnya kembali”. Walau pun mereka tahu mereka akan kalah (kerana markah satu pendebat akan pasti kosong), tetapi menjadi pantang kepada mereka untuk menyerah kalah!!!. Tetapi yang paling menarik, UM2 tidak keseorangan dalam protes ini, keseluruhan dewan yang menyaksikan pertandingan tersebut memberikan sokongan penuh dan padu kepada UM2, melainkan penyokong-penyokong UIAM sahaja. Nampak jelas sekali protes sekelian warga dewan, dan memperlecehkan sikap UIAM yang jelas tidak profesional dan tidak matang.

Maka bertarunglah UM2 yang cacat itu, dengan UIAM1 yang sihat. Keputusannya tentulah kita sedia maklum. Tidak mungkin UM2 akan menang. Dalam sistem juri bersyarat yang diamalkan MADUM (iaitu sistem juri yang mesti memberikan markah, dan tidak boleh memberikan kalah menang tanpa markag) UIAM1 dengan pasukan yang lengkap akan pasti menang. Maka dengan tersengih-sengih kegembiraan, UIAM diistiharkan menang. Melompat-lompatlah UIAM kerana esok hari mereka akan menjelajah pentas pertandingan akhir. Seronok bukan kepalang lagi pegawai UIAM, kerana jika menang mereka akan menjadi orang pertama tersengih-sengih mengejar kamera wartawan. Ketua Hakim pun mengistiharkan UIAM menang. Bersoraklah kem UIAM, berbangga dengan kemenangan melalui pertandingan yang cacat itu. Bongkaklah sekelian bala tentera UIAM, meraikan kemenangan pertandingan yang paling pelik dalam sejarah tamadun manusia moden. Tentunya sewaktu artikel ini ditulis, pendebat UIAM, Jurulatih dan Pegawainya sedang meraikan kemenangan yang boleh dikategorikan sebagai catatan “Malaysia Book of Records”. Ya! Mereka akan berbangga ke akhir hayatnya, tanpa seorang pun dari kalangan mereka yang akan mempersoalkan apa keputusan Ketua Teknikal MADUM ini adil? Apakah profesional? Apakah ia sesuatu yang mulia? Apakah ia melambangkan satu kebanggaan yang sejati?

Tetapi dalam UIAM menang dengan kebanggaan itu, Pendebat Terbaik pertandingan ini, tetap disandang oleh pendebat pasukan UM2 yang cacat, iaitu saudara Azizi Bin Abu Bakar Teoh. Hakikatnya, sewaktu para hakim ingin memilih pendebat terbaik pertandingan tersebut, terdapat 2 calon yang dipilih, dan kedua-duanya adalah pendebat UM2. Kedua-duanya adalah saudara Azri Zakir Bin Azmi (mendapat 1 undi), dan Azizi Bin Abu Bakar Teoh (mendapat 4 undi). Maka, keluarlah UM2 dari gelanggang pertandingan separuh akhir, juga dengan penuh kepuasan, sekurang-kurangnya Pendebat Terbaik milik mereka, di kala keputusan pertandingan separuh akhir sudah diketahui seawal pertandingan.

Dari segala persembahan fakta kes ini, saya melihat betapa curangnya perjalanan pertandingan ini. Apabila En. Fauzi dan 4 panel hakim menolak penarikan diri UM2 seawal pertandingan suku akhir, dan meminta kebenaran pasukan UIAM2 untuk membenarkan pertandingan tersebut diteruskan dan UM2 diberi peluang untuk mengambil anggota pasukan UM1, saya melihat En. Fauzi mempamerkan kematangan, keadilan, sikap yang penuh jujur untuk menyerikan lagi pertandingan debat ini. En. Fauzi, selaku Hakim Kelas Tertinggi MADUM, dan merupakan antara yang paling lama dan berjasa kepada MADUM, jelas tidak mengecewakan kita, sewaktu membuat keputusan sedemikian. Ia tidak mengecewakan UIAM, kerana UIAM sendiri dengan bongkaknya telah menyatakan persetujuan. UM tentunya berterima kasih kepada beliau, keputusannya di waktu itu amat bijak, mendahului pemikiran kita yang mungkin memutuskan untuk menerima penarikan diri UM2. Jika En. Fauzi tidak memikirkan nasib pertandingan, tentunya beliau mengambil jalan yang mudah, untuk menerima penarikan diri UM2 dan mengistiharkan UIAM2 sebagai pemenang. Kerana itu adalah peraturan umum! En. Fauzi tidak bersendirian dalam hal ini. Beliau mendapat sokongan hakim-hakim lain, dan juga pegawai-pegawai dari Jabatan Perpaduan. En. Fauzi telah mencelikkan mata kita, bahawa peraturan biasa debat boleh diadaptasikan dengan penuh hemat, dalam kes-kes berkecuali, pastinya dengan persetujuan pihak-pihak yang berkepentingan (dalam kes ini UM dan UIAM), demi mutu dan profesionalisme pertandingan. En. Fauzi wajar dipuji, atas inisitif yang penuh bijaksana itu.

Tetapi yang menyedihkan, kenapa UIAM2 selepas kalah baru nak membantah? Dimanakah harga diri mereka, yang telah melafazkan janji kemudian menariknya semula, selepas mereka kalah? Dimanakah prinsip yang dijunjung, bahawa setiap kata hendaklah di kota? Ini bukan perihal menguruskan akaun kelab, yang mana wang kita boleh hilang tetapi kita diamkan, semata-mata kerana tidak mahu kedudukan kita dalam pasukan goyah?! Apakah tidak menimbulkan satu “kemaluan” yang besar kepada keseluruhan kontinjen UIAM dengan pendirian “yang tiada pendirian” ini? Apakah kebanggaan sementara untuk menyertai pertandingan akhir itu, akan dapat memulihkan imej UIAM yang sedia tercemar? Sayang sekali semua ini berlaku, dan banyak lagi episod-episod malang berlaku, sewaktu saya (dan kami di AD) tidak lagi bersama mereka. Demi Tuhan, saya tidak akan membenarkan hal ini berlaku, memberi kebenaran dan menarik semula kebenaran, jika saya masih kekal dengan portfolio lama dalam kontinjen UIAM. Bahkan, sejak zaman berzaman, UIAM yang saya kenali, tidak akan membuat bantahan dalam apa jua pertandingan, sekali pun dianggap teraniaya. Biarlah Tuhan hadir dengan urusannya! Lebih memeritkan, kerana dengan insiden ini, saya tidak mampu berbuat apa-apa, termasuk tidak layak untuk menghulurkan utusan maaf kepada pasukan UM. Ini persoalan intergriti diri, apakah kemenangan lebih penting dari profesionalisma dan harga diri? Saya menyeru mereka melihat dengan lebih waras, lebih jauh dari bertuhankan nafsu kemenangan semata-mata. Dalam dunia debat, kita tidak dikenali kerana kemenangan, tetapi kualiti dan harga diri. Sejauh mana kita boleh berbangga dengan kemenangan, jika tidak mempunyai harga diri. Jika pun kita menjadi Johan, satu Malaya akan menyumpah seranah kita dengar taktik kotor yang tidak bermaruah ini. Saya melontarkan teguran ini kepada pasukan UIAM, sebuah pasukan yang pernah lama saya junjung, lebih dari satu dekad. Tetapi saban hari selepas saya dan rakan-rakan bertekad meninggalkan mereka, atas nama intergriti dan tidak ingin bersubahat dalam konspirasi pecah amanah pengurusan dana amanah, nampaknya Tuhan semakin menjelmakan isihati masing-masing. Isihati tunggak kejahatan semakin menjelma. Saya mengambil kesempatan ini untuk menasihati adik-adik saya, dari jauh, cerminkanlah maruah dan harga diri! Tiada gunanya anda mendabik dada dengan kemenangan itu, kerana tanpa bantahan dari kalangan anda, sudah tentu syarat yang curang itu tidak diberikan kepada UM. Tanpa penglibatan yang serius dari Ketua Teknikal MADUM, yang juga pegawai anda, tentunya bantahan itu tidak akan dilayan, kerana hakim dan penganjur pada pertandingan suku akhir telah memutuskan sedemikian, atas persetujuan bersama. Jika anda bacul untuk berdepan dengan UM, atau mana-mana pasukan debat, dikala mereka menghadapi musibah seperti mana yang dialami oleh UM menjelang pertandingan suku akhir, maka tidak perlu “tunjuk macho”, jangan “bersikap munafik”, usahlah “bermulut manis”  - untuk memberikan KEBENARAN dan kemudiannya menarik semula setelah nafsu kita dipatahkan oleh lawan. Saya malu mendengar perkembangan ini, walau pun saya tidak bersama anda lagi. Jika saya masih layak bercakap bagi pihak anda, saya dengan mudah akan katakan kepada UM – “Kami mohon ampun dan maaf, tahniah kerana menang, dan teruskan perjuangan!”.

Saya juga terpinga-pinga, jika En. Fauzi bersama hakim lain dan jawatankuasa penganjur atau Urusetia, memberikan pengecualian kepada UM2 sewaktu pertandingan suku akhir, atas persetujuan UIAM, untuk menukar anggota pasukan UM dan meneruskan perlawanan itu, apakah keputusan tersebut tidak mengikat MADUM? Apakah keputusan yang dibuat En. Fauzi tidak layak diterima oleh Ketua Teknikal Hakim MADUM? Bukankah mengubah keputusan yang dibuat oleh En. Fauzi dan 4 lagu hakim suku akhir atas persetujuan UIAM sendiri, adalah bentuk penghinaan kepada lain-lain Hakim Kelas Tertinggi MADUM? Apakah keputusan itu seharusnya, apabila diterima, tidak wajar ditarik semula? Apakah MADUM tidak malu dengan pendirian yang cacamerba ini? Tetapi kita seharusnya faham, bahawa dalam kes-kes kontroversi sebegini, keputusan akhir adalah di tangan Ketua Teknikal Hakim (MADUM) sesebuah pertandingan debat.

Jika Ketua Tenikal Hakim MADUM ingin membatalkan penyertaan UM2 sewaktu pertandingan suku akhir, maka batalkan sahaja! Kenapa perlu membenarkan UM2 bertanding pada separuh akhir, dengan hanya 2 orang pendebat. Bukankah ini peraturan zaman batu? Tidak terfikir oleh saya dan anda sekelian, pertandingan debat sedemikian! Tidak usahlah menunjukkan kita cuba berlaku adil dengan membenarkan UM2 bertanding pada separuh akhir, kalau hanya dengan 2 pendebat. Hakikat ini membuktikan bahawa kita sudah menjanjikan kekalahan kepada UM2. Jika ingin berlagak ikhlas, jangan pula kita mengikat kaki dan tangan pasukan yang bertanding, semata-mata untuk memberi kelebihan kepada pasukan sendiri. Saya tidak faham, kenapa manusia yang sering menjunjung bahawa beliaulah yang paling terbaik dalam MADUM, boleh membuat keputusan sedemikian. Jika keputusan En. Fauzi dan hakim suku akhir tidak boleh diterima, dan tidak layak mengikat MADUM, maka seharusnya Ketua Teknikal Hakim MADUM kembalikan “status quo”. Kembalikan status quo akan membawa maksud, UM2 perlu diistiharkan kalah, kerana gagal menyediakan anggota pasukan yang lengkap. Kerana peraturan pertandingan debat tidak akan membenarkan pasukan yang tidak cukup anggota selama 15 minit selepas pertandingan sepatutnya dimulakan, meneruskan pertandingan. Pasukan itu hendaklah diistiharkan KALAH! Peraturan ini ada tercatat dalam setiap buku-buku cenderahati pertandingan. Apakah ini tidak dilihat oleh Ketua Teknikal Hakim MADUM, semata-mata cuba menunjukkan “keikhlasannya”. Jika pun Ketua Teknikal Hakim MADUM, mempunyai kuasa untuk “overrule” keputusan hakim pertandingan suku akhir, Ketua Teknikal Hakim MADUM perlu faham, bahawa kuasanya hanya mengekalkan status quo peraturan yang diputuskan oleh mesyuarat MADUM. Dan bukannya memperkenalkan peraturan baru, iaitu membenarkan pasukan dengan 2 orang pendebat meneruskan perlawanan. Ini bahananya, jika “keihklasan dan kejujuran” hanya cuba dilakunkan, tetapi tidak terpancar dari hati nurani sendiri!

Dan setelah meniliti dengan lebih jauh, barulah saya faham segala episod yang memualkan ini, bahawa Ketua Teknikal Hakim, bagi pertandingan Debat Perpaduan 2006 ialah Mohd Khair Ngadiron (gambar). Mohd Khair Ngadiron adalah Penasihat Seumur Hidup Kelab Debat Bahasa Melayu, UIAM dan merupakan pegawai universiti yang sama. Untuk rekod, Mohd Khair Ngadiron juga adalah Ketua Teknikal Hakim MADUM sewaktu Debat Alam Sekitar 2006, di USM, sewaktu UIAM muncul sebagai Johan pertandingan tersebut.

Gambar: Mohd Khair Ngadiron, Ketua Teknikal Hakim MADUM bagi pertandingan Debat Perpaduan 2006.

SEPARUH AKHIR DEBAT PERPADUAN 2006: KETUA TEKNIKAL HAKIM MADUM UNDANG KONTROVERSI

January 10th, 2007 by katarsis

[PETIKAN akademidebat.com]

18/12/2006, UKM, Bangi: Pertandingan separuh akhir antara UM2 dan UIAM1 telah mencetuskan kontroversi yang paling besar dalam sejarah dunia debat di Malaysia. Buat pertama kalinya, sebuah pasukan hanya dibenarkan bertanding dengan 2 orang pendebat sahaja, sedangkan di pihak yang satu lagi dengan 3 orang pendebat. Hal ini berlaku apabila pasukan UM2 hanya dibenarkan berdebat dengan 2 orang pendebat sahaja, melawan pasukan UIAM dengan 3 pendebat. Keputusan yang pelik ini dibuat oleh Ketua Teknikal Hakim MADUM, En. Mohd Khair Ngadiron (UIAM), bagi menangani kontroversi ketidakcukupan anggota pasukan UM, dan sekaligus ‘mengubah’ keputusan Panel Hakim pertandingan suku akhir sehari sebelum itu yang diketuai oleh En. Fauzi Othman (UTM). Pada peringkat suku akhir antara UM2 dan UIAM2, Panel Hakim selepas perbincangan, dan atas persetujuan UIAM2, telah menolak penarikan diri pasukan UM2 dan memberi kebenaran kepada pasukan UM2 untuk mengambil seorang pendebat simpanan UM1 (yang tidak layak ke pertandingan suku akhir) bagi menggantikan 2 orang pendebat UM2 yang terpaksa meninggal pertandingan atas sebab-sebab keluarga yang tidak dapat dielakkan.

Walau bagaimana pun, selepas UIAM1 tewas dengan Juri 5-0 ke tangan UM2, margin: 6.5 dan Pendebat Terbaik disandang oleh UM2, iaitu saudara Azizi Bin Abu Bakar Teoh, UIAM1 (dan seluruh kontinjen UIAM) telah membuat bantahan kepada pihak penganjur, dan bantahan tersebut seterusnya disalurkan kepada Jawatankausa Teknikal Hakim MADUM untuk diputuskan.

Akibat daripada keputusan itu yang memelikkan itu, pertandingan separuh akhir antara UM2 dan UIAM2 tersebut menjadi satu-satu pertandingan yang diragui keabsahannya, kerana pertandingan debat yang digariskan oleh MADUM, hanya membenarkan pertandingan debat dijalankan apabila semua pasukan mempunyai anggota yang lengkap (iaitu 3 pendebat) bagi sesuatu pertandingan. Peraturan debat MADUM, bahkan semua peraturan debat di Malaysia (bagi apa juga format dan pertandingan) memperuntukkan bahawa pasukan yang tidak cukup anggota untuk berdebat, selepas 15 minit sesuatu pertandingan itu sepatutnya dimulakan, hendaklah diisytiharkan kalah oleh Ketua Hakim pertandingan. Tetapi keputusan Ketua Teknikal Hakim MADUM bagi Debat Perpaduan kali ini amat memeranjatkan semua pihak, terutama apabila Ketua Teknikal Hakim MADUM itu sendiri adalah merupakan pegawai UIAM, yang terlibat dalam kontroversi tersebut.

Dalam pertandingan separuh akhir tersebut, UIAM1 telah memenangani perlawanan tersebut tetapi Pendebat Terbaik sekali lagi disandang oleh pendebat UM2, iaitu saudara Azizi Bin Abu Bakar Teoh. Suasana kontroversi pertandingan Debat Perpaduan pada kali ini, bukan sahaja melibatkan pasukan UM dan UIAM sahaja, tetapi turut dikongsi oleh semua pendebat universiti-universiti lain, yang rata-rata memberikan sokongan moral yang jitu dan padu kepada pasukan UM. Sokongan jitu kepada UM tersebut, jelas memperlihatkan sikap para pendebat dan dunia debat, yang dilihat sebagai memperlecehkan pendirian UIAM yang memberikan kebenaran kepada pasukan UM2 untuk menukar anggota pasukan sewaktu pertandingan suku akhir, tetapi kemudian membuat bantahan selepas ditumpaskan dengan teruk oleh pasukan UM2.

Lebih memeranjatkan semua pendebat, sewaktu pengumuman pasukan yang layak ke pertandingan akhir, pihak Urusetia tidak menayangkan "multimedia" ranking dan keputusan pertandingan separuh akhir, seperti yang sering dilakukan sebelum ini. Tindakan ini dilihat oleh banyak pihak sebagai cubaan untuk "damage control" oleh Ketua Teknikal Hakim MADUM, untuk menutup kontroversi dan kesilapan yang maha besar dalam sejarah perdebatan negara.

DEBAT KEMERDEKAAN 2006: “SILENT ROUND” PERLU DIMANSUHKAN

August 17th, 2006 by katarsis

Oleh: Wan Rohimi Bin Wan Daud

“Silent Round” atau pusingan bisu adalah melibatkan pusingan terakhir liga yang mana keputusan perlawanan tidak akan diumumkan pada hari tersebut, atau sebaik sahaja perlawanan ditamatkan. Dalam pusingan “power-match” yang biasa diamalkan dalam pertandingan debat beberapa waktu itu, “silent round” biasanya akan melibatkan pusing ke-6, iaitu pusingan terakhir sebelum carta kedudukan pasukan dapat dikemaskinikan bagi memastikan kedudukan terkini keseluruhan pasukan yang bertanding. Carta kedudukan pasukan ini amat penting bagi mengenalpasti pasukan-pasukan yang mendiami 8 tangga teratas untuk layak ke peringkat suku akhir. Bahkan, selalunya carta pada pusingan ini akan menentukan kedudukan pasukan dari tangga teratas hingga ke lapan, dan dengan itu akan menentukan lawan setiap pasukan ke suku akhir. Berdasarkan sistem “power-match” pasukan ditangga teratas akan bertemu pasukan di tangga ke-8, pasukan No.2 akan berentap dengan pasukan No. 7, pasukan No. 3 akan bertarung dengan pasukan No. 6, dan begitulah pasukan No. 5 dan No. 4. Lebih penting lagi, berpandukan carta ini juga, setiap pasukan akan dapat meramalkan laluan mereka sehingga ke pentas pertandingan akhir sekiranya mereka berupaya melepasi dua halangan pada peringkat suku dan separuh akhir.

Oleh kerana carta kedudukan pasukan selepas tamatnya liga 6 pusingan begitu penting dalam menentukan keseluruhan peta pertandingan, sudah tentu penelitian yang rapi dan waras, serta memberikan keadilan kepada semua pasukan, sewajarnya diambilkira oleh pihak penganjur atau jawatankuasa teknikal hakim sebelum menggubal beberapa peraturan yang mengikat sistem “silent round”. Selalunya, alasan mudah dan ringkas, semudah dan seringkas malasnya sesetengah jawatankuasa teknikal hakim untuk berfikir dengan lebih terperinci dengan mempertimbangkan sedalamnya kesan dan implikasi yang bakal terundang, adalah untuk memastikan kehadiran “audien” atau penonton dari kalangan pasukan-pasukan debat yang telah tewas dan tidak layak bertarung pada peringkat suku akhir, untuk memenuhi dan memanaskan kerusi-kerusi dewan pertandingan suku dan separuh akhir. Maka dengan itu terdetiklah di kotak fikiran jawatankuasa teknikal hakim, untuk mengamal sistem “silent round”. Maksudnya, sebaik sahaja selesai pertandingan pusing terakhir, katakanlah pusinga ke-6, para pendebat boleh terus meninggalkan dewan perdebatan tanpa perlu menunggu keputusan. Keputusan pertandingan tersebut tidak akan diumumkan. Hakim dilarang dari mengumumkan keputusan, pendebat pula dihalang dari mengetahui kedudukan pasukan mereka, yang terkini. Lantas kertas-kertas yang mengandungi keputusan perlawanan tersebut akan diangkutkan oleh “runner” atau urusetia dan diserahkan kepada ketua teknikal hakim.

Mudah bukan? Dengan merahsiakan keputusan pusingan terakhir tersebut, banyak pasukan yang tidak dapat meramalkan apakah pasukan mereka layak atau tidak untuk meloloskan diri ke pertandingan suku akhir, yang selalunya diadakan pada keesokan harinya. Hendak atau tidak, mereka terpaksa hadir pada keesokan hari untuk memenuhi dewan pengumuman kedudukan terkini carta pasukan, dan pengumuman 8 pasukan yang layak ke peringkat suku akhir. Bagi pasukan-pasukan yang mungkin memenangi banyak perlawanan awal (katakanlah bagi 3 pasukan teratas carta), sudah tentu mereka yakin dan tahu bahawa pasukan mereka akan layak ke suku akhir. Tetapi masalah yang menimpa mereka ialah, untuk meramal pasukan mana yang akan menentang mereka pada peringkat separuh akhir. Bagi pasukan yang bakal mendiami carta terbawah, atau katakanlah dari kedudukan No. 6, 7, dan 8 carta, sudah tentu tidak ramai yang mampu meramalkannya kerana pada kebiasaanya, pasukan yang berada pada carta ke 6, 7, 8, 9, dan 10, tidak mempunyai banyak perbezaan dari segi margin dan juri yang diperolehi.

Benar! Sekali imbas peraturan sedemikian ada kebaikannya dari segi mengawal kehadiran semua pasukan ke majlis pengumuman pasukan yang layak ke suku akhir dan sekaligus diharap dapat menyaksikan perlawanan suku akhir. Tetapi sistem “silent round” jelas memberikan kelebihan kepada pihak-pihak tertentu sahaja dan banyak merugikan hampir keseluruhan pasukan yang lain, serta tidak membantu usaha untuk meningkatkan kualiti debat. Jika “silent round” diilhamkan hanya untuk mengikat disiplin pendebat, saya tidak fikir pendebat-pendebat kini terlalu teruk disiplinnya. Berdasarkan pengamatan kepada “nature” kehidupan, semangat, intelek serta sikap setiap pendebat yang hadir ke mana-mana pertandingan sebagai “duta” kepada universiti-universiti mereka, saya percaya mereka adalah kelompok yang terpilih dan mempunyai disiplin yang tinggi. Jika pun kecenderungan ini tidak dapat diterima, saya berpendapat banyak cara lain boleh difikirkan untuk mengikat disiplin pendebat, dengan tidak merugikan mutu debat dan membiakkan ketidakadilan terhadap pasukan-pasukan debat, dengan syarat jawatankuasa teknikal mestilah serius memikirkannya. Bukan hanya dengan mengambil jalan mudah dengan memperkenalkan pusingan “silent round”, agar dengan itu banyak masa yang lain boleh digunakan untuk keseronokan peribadi semata-mata.

Dengan hormat kepada mana-mana urusetia mahu pun jawatankuasa teknikal debat, saya ingin menyatakan “silent round” adalah bersifat menindas, menekan, membantutkan cita-cita MADUM untuk melahirkan perdebatan yang berkualiti, bahkan lebih teruk lagi peraturan ini akan hanya cenderung untuk dimanipulasi oleh satu dua pasukan sahaja. Ia bergantung pegawai dari universiti mana yang bertugas sebagai ketua tenikal hakim.

Dengan mengambil contoh Debat Alam Sekitar 2006 yang baru sahaja tamat, semua pendebat dan dunia debat mengetahui bahawa pegawai yang bertugas sebagai Ketua teknikal hakim adalah pegawai dari UIAM. Namanya tidaklah penting untuk saya sebutkan! Dalam konteks ini, UIAM mendapat kelebihan awal untuk mengetahui kedudukan terkini pasukan mereka dalam carta liga, walau pun mereka tewas kepada UM dalam perlawanan pusingan ke-6. Dengan mengetahui carta tersebut, UIAM bukan sahaja telah lebih 15 jam awal (dengan mengambil kira waktu tamat pertandingan pusingan ke-6 pada jam 5 petang 30-7-2006, dan waktu pengumuman carta terkini jam 8 pagi keesokannya) mengetahui keseluruhan kedudukan terakhir pasukan, bahkan dapat mengetahui siapa lawannya, dan meramalkan laluannya untuk ke pentas final. Saya tidak fikir pegawai UIAM tersebut sejujur itu untuk tidak memaklumkan kepada pasukannya sendiri tentang carta terkini kedudukan pasukan tersebut. Sudah tentu dengan kelebihan ini, sepanjang malam UIAM dapat menyediakan persiapan yang rapi sekurang-kurangnya mengadakan “post-mortem” dan menganalisa bakal lawan pada keesokan harinya. Atau sekurang-kurangnya mental pasukan dapat digilap berasaskan lawan yang bakal diratah, bukan sahaja pada peringkat suku akhir, tetapi juga melibatkan peringkat separuh akhir yang dijadualkan pada hari yang sama.

Saya tidaklah berhajat untuk menanam benih prejudis, tetapi bayangkanlah, satu senario pertandingan yang mana seorang pegawai sahaja yang menyimpan keseluruhan markah dan keputusan perlawanan, yang menentukan laluan seluruh pasukan yang layak ke peringkat suku akhir. Benar! Tiada yang berani mengubah keputusan hakim, tetapi siapa yang dapat memberikan jaminan bahawa juri tidak boleh dicuri, margin tidak boleh dibesar atau dikecilkan. Dengan itu, walau sebesar zarah pun perbezaan margin dibuat, ia tetap akan mengubahkan carta kedudukan pasukan! Tentunya dapat mengubah laluan pasukan sendiri. Ini adalah satu igauan yang bakal mengerikan. Barangkali belum pernah berlaku, dan barangkali juga akan berlaku, jika situasi mendesak individu untuk meletakkan iman melampaui sempadan kekufuran! Apalah yang dapat kita yakini, apabila hanya seorang individu ditugaskan untuk mentadbir amanah yang melibatkan kareer dan periuk nasi sendiri. Kata bijak pandai, “absolute power, corrupt absolutely!”.

Benar. Pasukan yang kuat atau mendiami carta teratas, atau kedua teratas tentulah tahu dan yakin mereka akan layak ke suku akhir. Tetapi bagaimana halnya dengan pasukan yang bakal mengisi carta ke-6, 7 dan 8. Dengan samarnya penghuni carta No. 6, 7 dan 8, begitulah juga samarnya penghuni teratas liga untuk mengetahui lawannya pada suku akhir, untuk menelah nasibnya hingga ke pentas akhir. Sekali lagi dengan mengambil contoh Debat Alam sekitar 2006, di saat UIAM sudah mengetahui keseluruhan laluan yang bakal dihadapi, pasukan lain-lain sudah tentu tidak dapat memberikan perhatian untuk menggunakan sepenuhnya malam sebelum suku akhir, untuk membuat persiapan. Hendak bersungguh-sungguh, takut nanti membuang masa. Jika tidak langsung membuat persiapan, takut nanti terlepas ke suku akhir. Begitulah resamnya gelodak jiwa pasukan-pasukan yang bakal mengisi carta terbawah liga. Hendak ditelan terasa pahit, dibuang terasa sayang! Akhirnya, pasukan-pasukan ini hanya membuang masa dengan persiapan yang tidak mempunyai agenda yang jelas. Jika banyak pasukan tiada persiapan, apakah kita yakin kualiti debat akan meningkat? Apakah ketua teknikal hakim merasakan dengan memperkenalkan “silent round” ini, maka beliau menyumbang sesuatu yang berguna kepada mutu dan kualiti debat? Atau hanya sekadar memudahkan kerjanya sahaja untuk memintas kehadiran pasukan yang tidak layak ke suku akhir? atau sekurang-kurangnya merasa bangga dan puas kerana membuatkan semua pasukan, pegawai-pegawai universiti lain tertekan sepanjang malam dan serba salah dalam semua keadaan, sedangkan pasukannya sendiri sudah begitu tekun membina kekuatan? Atau, apakah ini sebahagian dari ramuan untuk menjadi Juara?

Oleh itu, saya berpendapat sistem “silent round” ini amat perlu dimansuhkan! Apa salahnya semua pasukan mengetahui nasib mereka untuk ke perlawanan suku akhir lebih awal, dan dengan itu mereka dapat menggunakan masa 12 jam sepanjang malam, untuk membuat post-mortem pasukan, menganalisa tajuk suku akhir dan separuh akhir, menganalisa kekuatan dan kelemahan lawan yang bakal dihadapinya, membina “mental block”, mencari fakta-fakta yang relevan, atau sekurang-kurangnya mengadakan solat hajat untuk memohon restu dan hidayah dari Illahi. Tentunya terlalu banyak lain-lain hal yang berkaitan dengan persiapan pasukan boleh dibuat. Fokus kepada persiapan ini sudah tentunya akan menajamkan pengamatan pendebat ke atas sesuatu usul yang bakal dibahaskan, dan pada analisa terakhirnya mutu dan kualiti perdebatan akan lebih meningkat.

Bukankah mutu dan kualiti perdebatan adalah matlamat terakhir perjuangan kita?

KOMEN

1) tak pernah terfikir pulak bahawa kewujudan silent round ataupun pusingan bisu (i would prefer to term it as ‘pusingan senyap’ sebab ’silent’ maknaya senyap…kalau bisu org panggil ‘mute’…hehehe) tersebut akan memberikan faedah yang sebegitu. sebab selama ni tak pernah pikir pun nak lawan ngan sapa…yang penting buat yang terbaik untuk layak ke next round and sapa sahaja yang kita jumpa kita kena lawan habis2an…inilah yang diajar oleh SEMUA mereka yang pernah mengajar aku…sama ada di zaman ‘emas’ atau pun tidak.

2) tak taulah sama ada terlalu remote atau terlalu sofiskated, tetapi terlalu sukar untuk kaitkan antara pengenalan ’silent round’ and kualiti disiplin pendebat. adakah pendebat dahulu lebih berdisiplin sebab tak perlukan silent round, dan pendebat sekarang tidak berdisiplin sehingga perlukan silent round untuk memastikan mereka hadir ke tempat pengumuman.

3) merujuk para 6, kelakar jugak andaian ini…walaupun secara faktanya memang pegawai UIAM tak pernah nak bagitau (tapi ada ke orang nak caya???…hhhmm….), apa kelebihan yang bakal diperoleh? adakah kita akan lebih kuat kalau kita tau sapa lawan kita lebih awal???? hahaha…..hhmm…malas nak komen panjang2….kalau macam tu setiap kali pegawai UIAM jadi ketua hakim maka PASTILAH UIAM akan muncul juara sebab dah tau kedudukan carta lebih awal..(berapa? 15 jam? betul jugak coz pendebat ni bukan buat benda lain, asyik dok pikir nak lawan siapa saja.) tapi pelik jugak naper royal 2005 lepas UKM tak champ? DAS 2005 UTM tak champ??? LLM UIAM tak champ? intergriti 2006, UIAM bukan setakat tak champ, suku pun tak lepas???? Bukankah dalam semua pertandingan tersebut,pegawai dari kesemua University yang disebut tadi jadi ketua hakim???? and silent round sytem applied….So, apakah asas andaian tersebut?????

4) on the point that debaters will not be able to come out with a good and briliant case because tak dapat buat preparation akibat semalam dijamah kerisauan dan kekusutan memikirkan adakah layak atau tak untuk masuk suku akhir pada keesokan harinya (rujuk para 8). Setahu saya (dan semua orang tahu kot…) DAS adalah debat yang memberikan tajuk awal…so kalau macam tu, sudah pastilah semua orang dah bersedia dengan semua tajuk sebelum sampai ke universiti tuan rumah lagi. takkan malam nak lawan suku baru terhegeh-hegeh nak cari fakta???? maknanya kalau masuk buat la research, kalau tak masuk tak payah la..buat rugi je…baca penat2 bahan yang ada kaitan ngan tajuk suku tapi tengok2 tak masuk suku pun!!…hhmmm…itu rupanya pendebat…maaflah mungkin orang lain (kalau pun ada) tapi yang pasti bukan saya dan mana pendebat UIAM yang lain….kalau pun malam tu baru nak sungguh2 nak cari fakta, adaka nak cari fakta sebab esok nak lawan semata-mata?? mana keihklasan dalam membuat pembacaan?? mana kerajinan yang luhur bahawa penyertaan dalam debat akan memupuk nilai mebuat kajian tanpa mengharapkan balsan dan alsan! bukankah ini amaln yang ditekankan oleh SEMUA yang melatih saya sama ada di zaman emas ataupun tidak?
Malah dalam tulisan AKADEMIDEBAT.COM bertajuk UIAM DI PERSADA KEMEGAHAN , ‘Benar. Ramalan saya meleset. Jauh dari realiti sebenar. Sewaktu membuat ramalan yang menyakitkan itu, saya terlupa hakikat bahawa Debat Alam Sekitar adalah sebuah pertandingan debat yang memberikan ruang kepada pendebatnya membuat persiapan awal. Tajuk-tajuk diberikan sebulan sebelum pertandingan menjelma, akan membolehkan keseluruhan tenaga kejurulatihan diperah untuk berfikir dan membuat kajiselidik tentang kes, pendekatan dan fakta-fakta yang relevan. Sesudah itu ahli-ahli kelab akan diarah mencari fakta sebanyak mungkin untuk disuap ke setiap mulut pendebat. Tugas pendebat tidaklah sukar, setelah mendapat segala-galanya atas keringat orang lain, maka dikunyah-kunyah dan dimuntahkan kembali di pentas pertandingan. Sepanjang pertandingan itu, saya melihat pasukan UIAM membawa sekurang-kurangnya satu bas pasukan penyokong (yang biasanya akan bertugas mencari fakta). Anda tentu boleh bayangkan satu bas pencari fakta yang membantu anda, yang kekuatannya sama dengan membawa satu bangunan perpustakaan UIAM ke Universiti Sains Malaysia. Jika anda masih tewas di peringkat suku akhir, sudah tentu anda adalah pendebat yang paling tidak berguna.‘. Maknanya pendebat sudah sepatutnya bersedia semasa berada dalam waktu pertandingan lebih2 lagi pertandingan yang dapat tajuk awal….

5) on the basis that, having silent round will only in a way merendahkan mutu debat….hhmm…mudahnya argument ni kan…kalau macam tu English World Debating Championship memang tak berkualiti! Rasionalnya silent round tu adalah kejutan yang dicedok daripada English Debate. kalau macam tu pertandingan paling rendah kualiti dan niai inteleknya adalah pertandingan ‘mooting’. Lebih2 lagi Phillip C Jessup Moot Court Competition. bukan sahaja pusingan terakhir di peringkat awal adalah silent round, tetapi SEMUA pusingan adalah silent round!!!!! patut la Melati Adbul Hamid (Jurubicara Terbaik Dunia yang kini melanjutkan pelajaran peringkat master di HARVARD) tak mempunyai ketajaman pemikiran dan tidak berupaya berfikir dengan kritis kerana beliau hanya menyertai pertandingan yang ada silent round! patutlah Siti Aliza Alias (teamate melati) graduated ngan kelas pertama sebab diorang masuk pertandingan yang sistemnya tidak meningkatkan keupayaan berfikir!!!!!

Kesimpulannya, secara peribadi saya melihat kewujudan pusingan silent round antara lain bertujuan menambahkan debaran dan excitement dalam pertandingan debat…dan kalaupun ia bertujuan menarik kedatangan audience, for me, without bias and prejudice, theres no harm with that..bagusla macm tu…about abusing the power and privileges conferred to the chief adjudicator, i just dont think i’m at the proper position to comment….abuse of power may take place not only when u r at the top, but it may occur even at the vey lowest level of society. Whatever it is, to the proposal that having silent round will only stand as a hindrance to better preparation resulting to lowering down debate quality,and give advantage to university which its officer is the chief adjudicator, with due respect, i beg to differ!

SURAT TERBUKA

August 16th, 2006 by katarsis

SURAT TERBUKA: Sudah sudahlah berlakon, tunjukkanlah wajahmu yang sebenar. Janganlah asyik baling batu kemudian sembunyi tangan…
Aku ini mudah dan simplistik orangnya. Tidak mudah terasa dan tidak pula terlalu peka dengan persekitaran. Aku juga mudah memaafkan dan mudah melupakan. TAPI, janganlah ambil kesempatan.

Surat terbuka ini ditujukan kepada seorang manusia yang pernah kukagumi dahulu, yang pernah kuangkat sebagai guru, abang, rakan dan juga mentor. Itu dahulu sebelum aku kenal siapa dia sebenarnya. Dalam surat ini suka aku memanggilnya dengan nama SI BAIK.

Surat terbuka ini bukan untuk memfitnah. Aku bukan jenis yang suka memfitnah, apatah lagi mereka-reka cerita untuk memburukkan orang lain. Aku melihat fakta dan dari fakta aku buat kesimpulan. Aku juga tidak suka taklid, mengikut membabi buta tanpa melihat realiti dan hakikat. Apa yang kudengar, apa yang kulihat dan apa yang kurasa aku sandarkan pada fakta dan kenyataan sebelum aku membuat pendirian.

Surat terbuka ini juga ditujukan hanya kepada seorang individu iaitu SI BAIK (dia akan tahu itu dirinya) dan bukanlah kepada orang lain. Aku sering mengatakan bahawa ketidak puasan hatiku bukan kepada rakan-rakanku, bukan kepada adik-adikku, tetapi kepada seorang individu itu. Seringkali serangan dan kritikan terhadapnya dianggap yang lain sebagai serangan bersekutu. Diam dan berfikirlah! Apa kaitan yang lain dalam ini cerita? Apa saham anda kepadanya? Berapa banyak ada terhutang budi atau nyawa dengannya? Tenung dalam-dalam dan anda akan sedar bahawa surat terbuka ini bukan untuk anda.

Debat adalah jiwaku. Jiwaku senantiasa hidup dan segar selagi nafas meresap ke badan. Di Pusat Matrikulasi UIAM aku belajar erti debat yang sebenar. Bersama rakan akrabku, aku dijinjing saban hari ke Kampus Utama Gombak oleh SI BAIK untuk belajar debat. Belajar itu dan belajar ini. Aku kagum dengan kegigihannya menyebar ilmu debat dan menanam minat. Aku anggap itu satu keikhlasan.

Tidak sedikit wangnya dihabiskan untuk Debat. Hulur situ dan hulur sana. Bayar itu dan belanja sana. Semua itu kuanggap ikhlas dan luhur. Tapi teringat juga aku bahawa dunia debat ini senantiasa dipenuhi “funder” besar. Setiap kali makan, “funder” akan bayar. Setiap kali program poket funder yang terkopak. SI BAIK sering menumpang kekayaan funder-funder, lantas mendabik dada untuk menulis jasa bahawa telah banyak wangnya habis untuk debat. Funder ini pun belum tentu ikhlasnya. Ada yang songlap duit budak universiti lain. Ada yang tipu sana, tipu sini. Ada yang hutang berkoyan, namun dompet macam tempayan. Macam-macam.

Aku ini pun bukanlah golongan funder. Maka SI BAIK tidaklah terlalu mengangkat diriku, walaupun bukan itu matlamatku. Aku sering ditolak kesana kemari. Ada satu ketika aku menulis tentang hala tuju debat dan perlu asilimasi bijak antara berpersatuan dan berkeluarga dalam Kelab Debat. SI BAIK meludah dan menghina artikel itu. Tapi tidak didepanku, dibelakangku. Biasalah. SI BAIK hanya berani membaling batu dan sembunyi tangannya. Aku terkilan dan memendam rasa.

Aku mula sangsi dengan keikhlasan SI BAIK. Depan nampak baik, belakang belum tentu. Rupa-rupanya itu bukan kali terakhir SI BAIK baling batu dan sembunyi tangan. Dia mula ghairah untuk berkuasa. Melaga-lagakan sesama orang rendahannya untuk kekal menjadi yang tertinggi. Aku masih ingat ketika ALUMNI DEBAT UIAM mengalami krisis kepimpinan yang meruncing sehingga Presiden Pertama meletak jawatan. Tak salah aku denainya dimulakan apabila saudara Presiden dan rakan-rakan tidak berapa setuju tentang usul untuk mengemukakan resolusi mengecam KDBM kerana kritikan keras dan tidak berasas kepada salah seorang jurulatih. Selaku penolong setiausaha agung ALUMNI DEBAT UIAM ketika itu, aku menghantar salinan minit mesyuarat tersebut ke yahoo group Hangnadimfanclub. Terus, saudara presiden menaip sms mengkritik tindakanku dan menggelar aku “typical PKPIM” dan dihantarnya kepada SI BAIK. Tahu apa SI BAIK buat? Di majukan sms tersebut kepada Setiausaha Agung (Cucu Tok Janggut) yang pastinya rakan baik aku ketika itu. Gigih benar usahanya untuk memecahbelahkan ALUMNI DEBAT UIAM ketika itu. Sekiranya tiada niat jahat dihati untuk pecah dan perintah, sudah pasti SI BAIK tidak akan memarakkan pertelingkahan sesama ALUMNI dengan memajukan sms serupa itu. Itu belum kira lagi sms Presiden yang mengesahkan ketidakhadirannya di Mesyuarat Agung Tahunan dengan nada memerli Setiausaha Agung, juga dimajukan kepada Setiausaha Agung oleh SI BAIK. Hebat bukan modus operandinya. Sehinggakan rumahtangga ALUMNI yang dipahat sekian lama berantakkan jadinya. Kemudian dia datang kononnya untuk menyatupadukan kembali ALUMNI. Sekali lagi dia baling batu dan sembunyi tangan.

Aku juga pernah jadi jurulatih. Pernah juga aku diminta untuk membantu buat pendekatan dan sebagainya. Aku adalah diantara orang yang selalu diminta oleh SI BAIK untuk buat pendekatan, buat usul dan sebagainya. Aku tahu bukan sebab aku bagus tetapi sebab aku boleh diarah dan mungkin sedikit komited. Tapi SI BAIK ini sentiasa ada masalah dengan seorang jurulatih. Dia sentiasa tidak konfiden dan berhati-hati dengan jurulatih yang seorang ini. Maklumlah, jurulatih tersebut, yang suka aku gelar sebagai Raja Retorik, seringkali memutar kefahaman pendebat dengan idea-ideanya yang kadang-kadang tak masuk akal dan memaksa pendebat menerima pendekatannya. Pernah satu ketika SI BAIK memberitahu aku dan rakan jurulatih yang lain supaya mengawasi Raja Retorik tersebut, jangan sampai memusnahkan pasukan debat. Contohnya ketika Debat Alam Sekitar di UiTM Shah Alam. Raja Retorik sibuk menekan pendebat untuk menyempurnakan pendekatan dan fakta walaupun jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi. SI BAIK pun berbisiklah keesokannya supaya jurulatih lain mengawal Raja Retorik. Jurulatih lain pun mengambil tanggungjawab berkeras dengan Raja Retorik untuk kebaikan pasukan. SI BAIK hanya melihat dari jauh, dan sekali lagi membaling batu kepada Raja Retorik dan menyembunyikan tangannya. Hari ini, diangkatnya Raja Retorik di tempat tertinggi hanya untuk memenuhi impian dan nafsunya. Raja Retorik hanya mampu tersengih-sengih memikul beban kerana dia tidak pernah tahu bahawa SI BAIK tidak pernah percaya padanya.

Ada pula seorang jurulatih yang sangat menggelikan hati. Elok saya gelarnya sebagai Raja Badut. Raja Badut ini mempunyai ilmu batin yang tinggi. Disamping keupayaannya untuk mengubati rasukan jin dan syaitan, dia juga mampu untuk menghilangkan diri. Acapkali Raja Badut ini menghilangkan dirinya dari dunia debat UIAM kerana masalah peribadinya dan kemudian wujud semula. Kemudian hilang, kemudian ada. Kemudian hilang dan ada kembali. Kehebatan Raja Badut ini pula bukan sekadar pada ilmu batinnya, dia juga pandai mengulas kata-kata dan berniaga. Berduyun-duyun rangkaian cyber café dibukanya dan salah satunya di Pusat Matrikulasi UIAM. Dia juga sering menjadi agen kepada pembuat computer terkemuka, menjual computer menggunakan air liur kepada pendebat-pendebat universiti lain. Pernah satu ketika, ada pula seorang hamba Allah yang tertipu dengan lawak Raja Badut, menempah computer daripadanya. Namun sesudah bayar, semuanya hanya tinggal lawak bodoh semata-mata dan komputer tidak pernah sampai ke tangan.

SI BAIK tahu benar fakta ini. Almaklumlah diakan TUHAN di Pusat Matrikulasi UIAM. Disebabkan Raja Badut gagal menyelenggara cyber cafenya maka, SI BAIK terpaksalah menyita cyber café tersebut. Tidak cukup dengan itu, dihikayatkan pula keburukan Raja Badut ini kepada aku dan rakan-rakan sehingga timbul benci kepada Raja Badut. Itu buruk ini buruk. Aku pun mula membenci Raja Badut dengan cerita SI BAIK. Tapi nampaknya SI BAIK seolah-olah tiada apa-apa masalah dengan Raja Badut. Setelah dibalingnya batu kekepala Raja Badut, disorok pula tangannya. Maka yang menjadi samseng jalanan dan geng jahat adalah Ketua Jurulatih (Cucu Tok Janggut) dan rakan-rakan termasuk aku. Hari ini dek kerana mengidam untuk menjadi jurulatih debat, Raja Badut sanggup menerima tawaran SI BAIK untuk melatih pasukan debat UIAM walaupun dia tahu SI BAIKlah yang meruntuhkan maruah dan reputasinya dahulu. SI BAIK juga yang baik.

Di samping cerita balingan batu kepada jurulatih ini, ada juga cerita tentang pendebat-pendebat. Ada seorang pendebat hebat masa kini yang juga aku kagumi sebagai seorang adik dan mentee yang bijak dan tekun. Dia ini pula wajar aku gelar dalam surat terbuka ini sebagai DAUD. Aku dan rakan tidak pernah memberikan latihan intensif kepada mana-mana pendebat sebagaimana yang aku telah lakukan kepada DAUD. Dijinjingnya pulang kerumahku, dikritik, dikomen dan disuap dengan pendekatan-pendekatan bernas semata-mata untuk membina karekternya. Benar, DAUD tidak sedar semua itu dan dia tidak akan mengaku kerana kini SI BAIK sahaja yang menjadi kiblatnya. DAUD ini pun setahu aku bukannya disukai sangat oleh SI BAIK. Seingat aku SI BAIK pernah menyatakan padaku bahawa DAUD ini sukar menerima kritikan dan suka “buat muka” bila ditegur. Aku cukup ingat ayat itu. Lalu, aku yang memikul beban kejurulatihan pun menegur DAUD. Mungkin sekarang DAUD membenciku dan rakan-rakan kerana tindakan kami mengkiritiknya. Tetapi mungkin DAUD tak mengetahui bahawa yang membaling batu sebenarnya bukannya kami sebaliknya SI BAIK yang berselindung di sebalik rambut belah tepinya. Akhirnya aku dan rakan-rakan kekal menjadi geng jahat dan SI BAIK kekal baik.

Tidak cukup dengan itu, SI BAIK ini juga tamak haloba dan rakus sifatnya. Pantang ada peluang digunakannya untuk mengisi temboloknya. Mulanya aku juga tidak percaya. Tetapi setelah Penyata Akaunnya ditunjukkan kepada aku, aku terkesima tidak terkata. Isyhhhh, tak sangka pulak duit sumbangan Kerabat luar negara dengan niat untuk membantu program debat universiti dibiaskannya masuk ke akaun peribadi. Nah!!! Penyata Akaun menunjukkan angka-angka dan transaksi pelik. Bila ditanya dan disoal untuk kepastian, menggelabah konco-konconya menjawab, sumbangan diperolehi melalui kami. Itu sahaja. Kemana wangnya tidak pula diperjelaskan. Kenapa pula Penyata Akaun menunjukkan figura sedemikian pula dinafikan sekeras-kerasnya. Ingatlah, aku ini cukup rasional dan sensible. Kalau tidak kerana Penyata Akaun, tidak akan aku mempercayainya. Sekali lagi SI BAIK membaling batu, mengutip emas dan kemudian sembunyi tangannya. Digunakan pula juak-juak opportunistnya dan wizurai taksubnya untuk mempertahankannya dalam keadaaan terpinga-pinga tidak tahu perkara sebenarnya.

SI BAIK ini bukannya baikpun sebenarnya. Banyak juga aku dengar tentang aktivitinya tanpa topeng UIAM dimuka ketika malam menjelma. Kalau cerita itu daripada rakan-rakan seangkatanku, sukar juga aku percaya kerana rakan-rakanku memang sedia membencinya. Tapi cerita-cerita ini kudengari dari rakan-rakan SI BAIK sendiri. Geleng kepala aku dibuatnya. Hebat rupanya SI BAIK ini.

Aku sebenarnya tiada sebab yang kukuh untuk membenci SI BAIK. Dia tiada hutang dengan aku, jauh sekali untuk aku tidak puas hati terhadap pembahagian ghanimah yang tidak sama rata. Aku bukan rakan kongsi perniagaanya ataupun rakan konsi pengsonglapannya, jauh sekali untuk bekerjasama guna kuasa untuk dapatkan untung. Aku tiada apa-apa kaitan. Mungkin SI BAIK juga tidak mengenali aku. Aku peduli apa? Yang penting, sebabnya aku menulis surat terbuka ini ialah kerana aku sudah bosan dengan lakonan SI BAIK. Aku juga sudah jelak dengan aksi-aksi tidak profesional SI BAIK dalam menangkis kritikan dan persoalan. Aku sudah tidak tahan melihat adik-adikku sibuk mempertahankan SI BAIK membuta tuli semata-mata untuk meraih undi dalam pemilihan pasukan. Aku sudah tidak sanggup melihat Raja Retorik, Raja Badut, bekas Presiden ALUMNI dan sesiapa sahaja yang dipercaturkan oleh SI BAIK untuk memenuhi impiannya dan menutup keburukannya. Tidak sanggup dan tidak sanggup lagi!!! Yang lebih aula lagi, aku tidak sanggup melihat satu legasi yang pernah kugilap dan tatang bagai minyak yang penuh, aku pertahankan dari sebarang unsur hasad dan dengki, dicemari najis-najis manusia yang bijak melakonkan wataknya.

Surat terbuka ini andai dibaca oleh SI BAIK (aku amat berharap), jadikanlah ia sebagai satu tamparan kepada anda. Aku dan rakan-rakan bukan berseloroh, bukan juga bermain kata. Apa yang ada didepan mata, pasti tersohor jua. Sekali lagi kami merayu dan meminta, sudah sudahlah berlakon dan tunjukkanlah wajahmu yang sebenar. Tinggalkan legasi ini dengan aman dan damai, dan kami tidak akan memanjangkannya. Berilah peluang untuk kami membina semula legasi itu yang telah anda cemari.

Surat terbuka ini andai dibaca oleh Raja Retorik, aku tidak sekali-kali berniat menggelarmu begitu. Aku pernah kagum dengan ilmumu dan pernah belajar sesuatu daripadamu. Cuma, hari ini mungkin bukan seperti hari-hari dahulu ketika debat ini dipasak dengan tiang retorik semata-mata. Aku teringat kata-kata Encik Fauzi dari UTM kepadaku dan rakan ketika memenangi satu perdebatan “UIAM sekarang dah tak retorik macam dulu lagi”. Itu perubahan yang aku dan rakan lakukan. Kualiti debat UIAM dikenali dengan fakta dan kupasan, dan bukan lagi retorik bahasa yang memeningkan. Analisa awal, analisa akhir, implikasi moral, analisa trend dan sebagainya perlu diperbaharui mengikut konteks zaman. Aku percaya, kegigihanmu membentuk pendebat UIAM kini hanya untuk buktikan bahawa anda boleh, dan bukan kami sahaja yang boleh. Teruskan pembuktian itu kalau anda mahu bersama-sama bernaung di bawah kuasa SI BAIK. Lambat laun anda tahu juga hakikatnya, dan sedarlah SI BAIK tidak selalu mempercayai anda.

Surat terbuka ini andai dibaca oleh Raja Badut, satu soalan inginku tanya, siapa yang menjual maruah UIAM selama ini? Siapa yang sibuk-sibuk menubuhkan konsortium membenci UIAM dan sanggup bersekutu untuk meranapkan pasukan UIAM? Siapa pula yang menjadi jurulatih UiTM seluruh Malaysia ketika “bercuti” dari melatih UIAM? Siapa yang tertunduk-tunduk menyorok mengelak pertembungan dengan pasukan UIAM dalam pertandingan-pertandingan debat?. Benci sangatkah anda kepada kami? Memang kata-kata kami pedas tapi ia jelas dan tidak berkias-kias. Buat apa bermulut manis kalau hati busuk dan tindakan tidak serupa bikin. Gejala-gejala “playsafe” perlu dihapuskan dari muka bumi ini. Walau apapun, Raja Badut bukanlah pilihan utama SI BAIK. Mungkin kerana terdesak. Atau mungkin kerana ada kepentingan lain. Al-Maklumlah, Raja Badut bakal jadi “newest king of tort”. Apapun, hati-hati. SI BAIK itulah yang saban hari memburuk-burukkan anda dan memijak-mijak maruah anda. Cuma kepakarannya membaling batu dan sembunyi tangan masih belum dapat diatasi.

Surat terbuka ini andai dibaca oleh sekalian ahli KDBM UIAM, bacalah dengan hati terbuka. Saya YUSFARIZAL YUSSOFF pernah menjadi pendebat UIAM, pernah menjadi Presiden KDBM UIAM, pernah juga menjadi jurulatih anda. Anda masih ingat tatkala kita bersuka ria dalam latihan, berbincang strategi terbaru untuk membangunkan pasukan dan serius ketika pertandingan. Apakah kami selama ini tidak ikhlas? Apakah kami tiba-tiba tanpa ribut dan taufan memilih untuk pergi beramai-ramai? Apakah kami terlalu bodoh untuk tiba-tiba secara membuta tuli menghentam SI BAIK yang anda sanjungi.

Sekali lagi aku katakan, debat adalah jiwaku. Untuk berpisah dengannya bukanlah satu pilihan. Biar apa jua caranya, aku akan terus menyumbang kepada dunia debat. Sekiranya ditakdirkan anda semua sedar bahawa SI BAIK perlu berundur, maka aku akan kembali untuk membakar malam-malamku bersama anda di UIAM. Andaikata hati anda tertutup rapi dek benteng kebal yang dibina SI BAIK, maka aku akan terus menyumbang secara jauh melalui segala medium perantaraan yang anda. Yang pastinya, kami akan senantiasa mengikuti perkembangan anda.

Akhir kalam, pesanan aku cuma satu. Dalam hidup ini, adakalanya yang disangka baik untuk kita sebenarnya buruk untuk kita dan begitu juga sebaliknya. Kepada SI BAIK, sudah-sudahlah berlakon, tunjukkan wajahmu sebenar. Janganlah asyik baling batu dan sembunyi tangan…kami akan terus menghantui hidupmu.

Dari sofa hijau, kamar putri 613

YUSFARIZAL YUSSOFF

(SUMBER:BLOG YUSFARIZA YUSOFF DAN KOMEN DARI ‘WERRO’)

WHY DO I APPRECIATE MY LIFE????

August 10th, 2006 by katarsis

TAHNIAH AND ALHAMDULILLAH

Irrespective of what has been said in akademidebat.com, i’m here to thank Allah SWT and my team(teamates, advisors, coaches,families, friends, budak busuk, etc..) for endless support and respect given…and congratulation on our winning…the fact is we won…twice!!

secondly, congratulation to those selected for arkib, well done and selamat bekerja…Insyallah we’ll try our best…as usual..(again irrespective of everything happened before hand)

TAKZIAH AND INNALILLAH
thirdly, i dont know why, but God must have His reasons for everythings happened this week…yesterday i recieved a sms form Huda telling me that her grandpa passed away…(be strong babe)…today when i was trying to sleep again after subuh (what a bad habit) i recieved another sms with sad news..this time its izzat’s dad that passed away…kepada semua ahli kelab debat BM UIAM lets pray for his father…may God bless him….Al-Fatihah…(abg shon, may be it’ll be great if we can have majlis tahlil this weekend?)

And mlam ni, sebaik sahaja sampai studio untuk sessi latihan, someone informed me about a new entry in akademidebat .com…hhmmm well expected..nothing suprised, in fact me and some friends dah siap draf pun apa benda yang kitorang rasa diorang akan tulis selepas debat alam sekitar…tak nak cakap banyak tapi cukup lah kalau aku katakan yang kalaulah itu adalah satu exam kitorang boleh dapat A-…hahha…just a few points yang tak tepat..antaranya point bahawa aku tarik semula entry dalam friendster coz tak de pendirian…(encik akademidebat, saya tak tarik balik la…itu teknikal problem…friendster tu memang slalu buat hal..kadang2 semua testimonials yang dah beratus2 dihantar bleh hilang camtu je…tambah2 klau pakai komp yang server lembap nak mampos mcm kat uia tuh!)…tarik2 balik tak main ok….

hhmm..apapun terima kasih kepada semua yang terlibat dalam semua perkara…yang menaikkan semangat, yang meruntuhkan keyakinan, yang memujuk, yang mengutuk, yang berdoa, yang mengata,yang bersama-sama menangis, yang membuatkan menangis..dan lain2 yang lagi..indeed, u guys had made my life more interesting…thank God for bestowing me with such oppurtunity…i believe not everyone will be tested in such a way…hmm..menariknya hidup ini….Subhanallah

p/s to joane nanti ye aku komen and buat report pasal debat alam sekitar coz sekarang sibuk sket…kerja aku banyak gell hell….

DAS 2006: UIAM dijangka berjaya pertahankan kejuaraan

August 10th, 2006 by katarsis

Oleh: Ahli KDBMUIAM seumur hidup!
Pasukan debat UIAM dijangka akan berjaya mempertahankan kejuaraan Debat Alam Sekitar bagi tahun 2006. Pasukan UIAM akan menurunkan Mohd Daud Mat Din, Jefri Khairil Bin Zabri, Mohd Raihan Bin Abdul Khalip dan Umi Hamidatun Bt Sofyan Lee. Congakan di atas kertas, walaupun hanya Daud sahaja yang berpengalaman dalam Debat Alam Sekitar, namun Jefri dan Raihan tidak boleh dipandang rendah. Benar, Umi Hamidatun adalah pendatang baru kepada dunia debat. Tetapi beliau boleh dijadikan senjata rahsia UIAM kerana tiada siapa yang pernah melihat beliau beraksi sebelum ini.
Pasukan UIAM kali ini tidak menyenaraikan Shamsul Qamar Abdul Rani dan Adira Bt Adnan kerana kekuatan UIAM bukan terletak pada individu tetapi kerjasama sepasukan, bermula daripada penasihat hinggalah kepada penyokong. Khairul Nizam Bakeri, sudah lama tidak menyertai pasukan debat UIAM kerana masalah disiplin dan prestasi akademik yang sangat meruncing.
Walau bagaimanapun UIAM tidak pernah kehilangan tonggak utama iaitu Daud yang sentiasa menjadi “ankor” kepada pasukan UIAM. Dalam apa keadaan pun, Daud sebenarnya lebih hebat daripada Khairul Nizam. Buktinya, cuba hitung bilangan kejuaraan yang pernah dikecapi oleh Daud berbanding Khairul Nizam. Daud 5 - 2 Khairul Nizam. Khairul Nizam dan Shamsul Qamar mungkin boleh dianggap berada pada kelas yang sama, walaupun saya masih yakin bahawa Shamsul Qamar lebih baik daripada Khairul Nizam. Tetapi yang penting, Daud lebih baik daripada kedua-dua mereka. Daud sememangnya dikenali dengan kewibawaan dan keupayaan untuk memimpin pasukan.Jurulatih zaman emas dulupun tampak keberatan menyisihkan Daud sebagai ketigaan utama pasukan dalam setiap pertandingan.Contohnya Debat IKIM 2004 (Daud tetap dipilih meskipun Khairul Nizam tidak???)
Daud yang kita kenali adalah pendebat yang amat istimewa (sungguhpun gelap tetap bakatnya gemerlap) dalam pasukan debat UIAM.(Kalau tidak masakan,satu ketika dulu,”pendebat-pendebat agung” sendiri memilihnya untuk bersama-sama dalam Debat Perdana anjuran Bar Council dan sanggup ‘menyimpan’ rakan sendiri) Kepetahan bercakap, kecekapan mempertontonkan gaya dan intonasi yang amat memukau! Bagi pemimpin sorak, sudah tentu sewaktu Daud bercakap, akan hebatlah soraknya… Tetapi jangan dilupakan bahawa kehebatan Daud bukan pada gayanya sahaja, malah pada kematangan berhujah, disulami dengan tarian kata yang bombastik. (Saya yakin hakim-hakim kelas tertinggi MADUM boleh bersetuju dengan kenyataan ini). Mungkin perlu diakui kelemahan Daud ialah lambat panas sebagai kerajaan, manakala selaku pembangkang, tidak berhati-hati dalam menggariskan kriteria dan kayu ukur perdebatan. Tetapi kelemahan itu boleh diatasi dan tiada pendebat yang tiada kelemahan melainkan sifat bongkak dan bangga diri sudah menguasai diri. Pendebat agung zaman emas juga ada kelemahannya. Jika dahulu, kelemahan Daud adalah mengawal emosi sendiri. Tetapi, itu Daud yang dulu. Daud kini yang saya kenali sudah boleh mengawal emosi dengan baik semasa perdebatan. Saya tahu, kerana saya seringkali menyaksikan perlawanan melibatkannya dan yang terbaru di IIM.
Sejak beberapa pertandingan yang lalu, jurulatih UIAM telah menurunkan Daud selaku pendebat kedua. Saya berpendapat langkah jurulatih UIAM ini adalah langkah yang bijak kerana ini memberi peluang yang lebih kepada Daud untuk menganalisa kelemahan lawan dan menangkis serangan pendebat pertama mereka. Lagipun, ini adalah langkah terbaik untuk mengatasi masalah lambat panas.Praktikal bukan??? Pengalaman sebagai pendebat pertama memberi kelebihan kepada Daud apabila berada di posisi kedua, kerana Daud dapat menutup kelemahan pendebat pertama. Kesnya tidak mudah bercanggah kerana Daud seorang yang cukup memahami pendekatan yang ingin dibawa oleh pasukan. Malahan, buat makluman semua, belum pernah lagi setakat Daud menjadi pendebat kedua, beliau dinobatkan sebagai pendebat terbaik namun pasukan UIAM kalah. Belum pernah!
Oleh itu, jika UIAM menurunkan Jefri selaku pendebat pertama, dan Raihan selaku pendebat ketiga atau sebaliknya, pastinya UIAM akan dapat melayakkan diri ke pusingan kalah mati dengan mudah. Kedua-duanya sudah matang dan berpengalaman serta bersedia untuk berdebat dalam mana-mana posisi yang ditugaskan. Tentang kekalahan UIAM pada peringkat suku akhir Debat Intergriti Perdana 2006 kepada UTM, walau pun berdasarkan ranking 5 pusingan awal UIAM mendahului senarai dengan ranking teratas (No. 1) dan muncul sebagai satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah, dan bertembung UTM selaku pasukan terakhir yang layak ke suku akhir (ranking No. 8), berita tersebut tidaklah mengejutkan saya. Kerana saya pasti kekalahan itu adalah ketentuan Tuhan dan dapat memberi semangat kepada pasukan UIAM untuk memperbaiki kelemahan serta meyakini Qada’ dan Qadar yang ditentukan oleh Tuhan. Siapalah kita mahu menjangka dan menduga persoalan tewas atau mara…
Kesungguhan para jurulatih baru UIAM untuk merubah sistem kejurulatihan tanpa mengenal rasa “letih” adalah percaturan yang baik kerana UIAM memang perlukan pembaharuan. Zaman emas UIAM mungkin sudah berakhir selepas kontrak Wan Rohimi, Zairul Isham dan rakan-rakannya ditamatkan dan tidak disambung. Seingat saya mereka sudah tidak datang menunaikan tanggungjawab melatih UIAM selepas Debat Integriti 2005 atas sebab-sebab yang belum dipastikan dan bukannya melalui perletakan jawatan berama-ramai (en-bloc) para jurulatihnya sejurus selepas Debat Alam Sekitar 2005 kerana Debat alam sekitar adalah debat pertama tanpa bantuan jurulatih zaman emas. UIAM sudah tidak perlukan zaman emas mereka. Pendebat-pendebat generasi muda ini boleh mencipta zaman mereka sendiri. Ciptalah zaman intan, berlian atau apa sekalipun. Yang penting anda mampu mencipta legasi anda sendiri tanpa menumpang nama dan kebanggaan orang yang tidak sudi berkongsi.
Walau apa pun komen saya terhadap Daud dan keseluruhan pasukan debat UIAM, saya percaya mereka mempunyai kekuatan dan potensi untuk mencipta zaman kegemilangan mereka sendiri. Kita juga pernah mempertaruhkan nasib UIAM dalam debat yang sama pada tahun 2003 dengan tidak membariskan “ankor” pasukan, namun kita tetap berjaya menjadi johan. Justeru persoalan ankor dipilih atau tidak bukanlah cubaan yang bijak untuk menghancurkan KDBM UIAM. Menggelarkan UIAM sebagai pakar suku akhir dan membodek IPT lain dengan analisa pujian (sesuatu yang tidak pernah menjadi amalan mereka di zaman emas) hanya akan merugikan penubuhan akademidebat itu sendiri.
Hakikat bahawa UIAM sentiasa muncul antara pasukan terbaik sewaktu pusingan awal, atau penentuan ranking pasukan, membuktikan UIAM memang pasukan pilihan yang digeruni dan perkara tersebut diakui sendiri oleh beberapa pendebat universiti lain dalam website akademidebat.com sendiri.(walaupun tidak dipilih oleh akademidebat). Tidak perlu mendengar cemuhan, cacian, serta provokasi yang dihidangkan oleh manusia-manusia yang hanya mengidamkan kehancuran debat UIAM. Biarpun siapa anda, ketua tukang sorak mahupun pemantun terbaik,pendebat agung sepanjang zaman mahupun pemanas bangku simpanan yang berjaya, KDBMUIAM tetap menerima dan menghargai sumbangan anda yang ihklas.Sekurang-kurangnya maruah dan reputasi kita tidak pernah dijual oleh anda dengan begitu murah sehingga terpaksa mengorbankan prinsip yang pernah anda salakkan dulu. Yang tinggal kini hanyalah pasrah dan berserah. Allah telah mengatur segala-galanya. Cara kita dan prinsip kita adalah jangan sesekali membina mahligai di atas pusara orang lain!!!Kita sebagai hamba hanya perlu berdoa agar apa yang diatur oleh Allah itu merupakan sebuah kejayaan dan kegemilangan. Ingat, anda mampu mencipta empayar anda sendiri …!!!

# Penulis adalah ahli KDBM UIAM yang sentiasa mengikuti perkembangan debat di Malaysia.

Debat Alam Sekitar 2006: UIAM dijangka gagal pertahankan kejuaraan

August 10th, 2006 by katarsis

Oleh: Wan Rohimi Bin Wan Daud

Pasukan debat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dijangka gagal mempertahankan kejuaraan Debat Alam Sekitar bagi tahun 2006. Berdasarkan sumber koresponden akademidebat.com, pasukan UIAM dijangka akan menurunkan Mohd Daud Mat Din, Jefri Khairil Bin Zabri, Mohd Raihan Bin Mohd Khalip dan Umi Hamidatun Bt Sofian Lee. Congakan di atas kertas, hanya Daud sahaja yang kelihatan agak berpengalaman dalam Debat Alam Sekitar. Jefri dan Raihan adalah pendatang baru kepada Debat Alam Sekitar. Bahkan, Umi Hamidatun adalah pendatang baru kepada dunia debat. Akademidebat.com menjangkakan Umi Hamidatun akan memanaskan baku simpanan semata-mata.

Pasukan debat UIAM kali ini tidak menyenaraikan Shamsul Qamar Abdul Rani dan Adira Bt Adnan atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh pengurusan pasukan mereka sahaja. Khairul Nizam Bin Bakeri, sudah lama dihalang dari menyertai pasukan debat UIAM sebaik tamatnya debat FOMCA pada tahun 2005. Oleh itu, nampaknya UIAM kehilangan dua tonggak utama yang sebelum ini sentiasa menjadi “ankor” kepada pasukan UIAM. Dalam apa keadaan pun, Daud bukanlah gantian kepada Khairul Nizam mahupun Shamsul Qamar. Khairul Nizam dan Shamsul Qamar mungkin boleh dianggap berada pada kelas yang sama, walau pun saya masih yakin bahawa Khairul Nizam lebih baik daripada Shamsul Qamar. Tetapi yang penting, Daud tidak tergolong dalam kelas kedua-dua mereka. Walau pun Daud sentiasa tersenarai dalam pasukan utama debat UIAM, tetapi Daud tidak mempunyai wibawa dan keupayaan untuk memimpin pasukan.

Daud yang pernah kita kenali adalah pendebat hitam berkecil molek yang dulunya amat istimewa dalam pasukan debat UIAM. Kerana dalam sinar dan kerlipnya itu, kepetahan bercakap, kecekapan mempertontonkan gaya dan intonasi amat memukau! Bagi pemimpin sorak, sudah tentu sewaktu Daud bercakap, akan hebatlah soraknya… Tetapi jangan dilupakan bahawa alam perdebatan hari ini sifatnya amat menuntut kematangan berhujah. Bermain dengan tarian kata yang bombastik tidak akan memberikan apa-apa kelebihan jika tidak menyokong kes sendiri. Kelemahan utama Daud ialah lambat panas dan kurang cekap untuk meletakkan kes sebagai kerajaan, untuk benteng pertahanan selaku pembangkang, tidak berhati-hati dalam menggariskan kriteria dan kayu ukur kunci perdebatan, atau untuk menentanganya, mudah tertarik kepada rentak lawan sehingga lupa asas kes sendiri, bahkan debat terbuka jarang menyaksikan apa-apa kekuatan! Paling membimbangkan UIAM ialah kelemahan Daud dalam mengawal emosi sendiri. Beliau kelihatan mudah dicabar dan ditelan baran sendiri, yang akibatnya akan memendekkan akalnya yang sudah sedia pendek itu.

Sejak beberapa pertandingan yang lalu, jurulatih UIAM telah menurunkan Daud selaku pendebat kedua. Saya berpendapat langkah jurulatih UIAM ini akan memburukkkan lagi keadaan… menempatkan Daud sebagai pendebat kedua UIAM akan hanya memberikan kelebihan peribadi kepada Daud untuk muncul sebagai pendebat terbaik perlawanan semata-mata, tetapi akan merosakkan pasukan mereka. Daud mesti seronok tetapi pasukan akan lemah. Posisi sedemikian akan meletakkan pendebat pertama dan pendebat ketiga terkial-kial untuk mengurangkan lakuna perdebatan yang bakal dicetuskan Daud apabila bangun sebagai pendebat kedua. Keselesaan berhujah membentangkan kes sebagai pendebat pertama, yang tidak perlu mengikut denai yang dicipta oleh pendebat didepannya, akan sentiasa menghantui Daud.. Oleh itu beliau akan membentangkan kesnya sendiri, walau pun mungkin bercanggah, atau mempunyai simptom-simptom percanggahan kes yang boleh digunakan oleh lawan untuk menyerang balas.

Oleh itu, jika UIAM menurunkan Raihan selaku pendebat pertama, dan Jefri selaku pendebat ketiga, pastinya UIAM akan menempah jalan keluar dengan lebih cepat! Kedua-duanya masih terlalu lemah dan naif untuk berperanan dalam posisi masing-masing jika tidak mempunyai “ankor” pasukan yang kuat dan sedia membantu. Apabila saya dimaklumkan tentang kekalahan UIAM pada peringkat suku akhir Debat Intergriti Perdana 2006 kepada UTM, walau pun berdasarkan ranking 5 pusingan awal UIAM mendahului senarai dengan ranking teratas (No. 1) dan muncul sebagai satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah, dan bertembung UTM selaku pasukan terakhir yang layak ke suku akhir (ranking No. 8), berita tersebut tidaklah mengejutkan saya dan akademidebat.com! Benar, kami sudah menjangkakan lama sebelum itu. Terbaru saya dimaklumkan tentang kekalahan UIAM pada peringkat suku akhir Debat FOMCA, juga tidak mengejutkan dan sudah dijangkakan. Bahkan, kami sudah lali dengan berita demi berita tentang kekalahan UIAM sejak Debat Alam Sekitar tahun 2005. Namakan saja apa jua pertandingan, Debat Arkib, Debat Diraja dan lain-lain, UIAM pasti tersungkur dengan penuh mengaibkan.

Kelemahan yang paling mengakar kepada segala kekalahan ini ialah keghairahan para jurulatih baru UIAM untuk merubah sistem kejurulatihan yang pernah dibina oleh jurulatih-jurulatihnya yang terdahulu. Zaman emas UIAM nampaknya sudah berakhir dengan perletakan jawatan berama-ramai (en-bloc) para jurulatihnya sejurus selepas Debat Alam Sekitar 2005. Saya sendiri, Yusfarizal Bin Yussof, Zairul Isham Bin Abdul Malik, Muhd Azmi Bin Talib, Faizi Bin Che Abu, Mohd Azri Bin Ibrahim, Mohd Khairil Bin Abidin dan lain-lain jurulatih sokongan telah bersepakat untuk “resigned en-bloc” disebabkan krisis intergriti dengan beberapa individu tertentu yang kelihatan tidak telus dan gagal menunaikan amanah serta gagal menjelaskan beberapa transaksi “dubious” tentang perjalanan kewangan kelab. Sehingga hari ini, persoalan yang dibangkitkan masih lagi belum dijawab oleh pihak-pihak terbabit. Apakan daya, mereka berada di anjung kuasa! Kami hanya dagang yang merantau!

Lantaran dari itu, jurulatih gantian telah diarah seboleh mungkin supaya cuba memadamkan “legasi” yang pernah kami tinggalkan. Segala sistem disiplin, kreativiti, kepimpinan pasukan dikesampingkan atau apa-apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan kami, atau mengembalikan minda pendebat kepada kami hendaklah diubah dan dihapuskan! Mereka sanggup memanjakan pendebat semata-mata untuk meraihkan sokongan para pendebat walau pun mereka tahu kemanjaan yang diberikan akan hanya menjadi barah ke dalam pasukan. Membenarkan Ketua Pasukan Sorak dan Pemantun terbaik menjadi Jurulatih akan terus “meletihkan” pasukan UIAM, dan merupakan kesilapan besar yang dilakukan dalam sejarah kejurulatihan UIAM. Sehingga sistem ini tidak dikembalikan, selagi itulah UIAM akan menjadi pakar “suku akhir” dalam mana-mana pertandingan debat. Sudah tentu, sistem yang baik tidak akan dapat dikembalikan, selagi “kerbau yang membawa lumpur” masih bertenggek di anjung kuasa.

Walau apa pun komen saya terhadap Daud dan keseluruhan pasukan debat UIAM, saya percaya mereka mempunyai asas dan kekuatan peribadi yang amat bernilai dalam dunia debat. Tinggal lagi bakat dan kekuatan mereka gagal dicerakinkan dengan baik oleh jurulatih-jurulatih dan juruletih mereka. Hakikat bahawa UIAM sentiasa muncul antara pasukan terbaik sewaktu pusingan awal, atau penentuan ranking pasukan, membuktikan keupayaan peribadi pendebat-pendebatnya masih lagi berbisa. Tetapi sebaik sahaja mereka melangkah ke peringkat kalah mati, pastinya UIAM akan tersungkur. Kenapa hanya setahun ini perkara ini berlaku? Sindrom kalah mati? Di sinilah letaknya legasi yang pernah kami tinggalkan..!

# Penulis adalah Bekas Ketua Jurulatih pasukan debat UIAM bagi tahun 2000 – 2005

[DIPETIK DARI AKADEMIDEBAT.COM]

578758274866`849`83`8484

October 12th, 2005 by katarsis

erm…tah la nak cakap camner….hari ni aku memang berserabut..pagi tadi ada test criminal…nak tau kol brapa?? ha pukul 7 pagi..memang mantap la…bangun subuh dah tak leh tido dah…terus gi mandi (kena highlight sket coz ada orang gi test tak mandi hahahahhaa….) and then gi test….orang kata test pagi2 ni fresh sket..tapi aku rasa aku bukannya fresh tapi freezzz ada la….sejuk doh..beku otak and macam tak leh nak pikir (alasan untuk berhadapan ngan result yang aku sure cam hampeh) hahahahahha…….

lepas tu pukul 10 am ada lagi satu test…ni lagi best..test company…tah apa yang aku tulih aku pun tak tau…tengok soalan tu bukan macam soalan je…sekali pandang macam senang gila…tapi bila tengok mark allocation dah confuse balik…whatever lah…(alasan orang tak cukup preparation)

yang penting tutorial probate petang tadi memang tak dapat diselamatkan…aku ngan hairi,konon2nya, nak tido kejap la sebelum gi tutor coz semalam kitorang dok berjaga merapu menatang apa tah…tapi it ended up kitorang tak gi terus tutor tu..nak pi apa kalau angun2 dah nak kol 6 petang dah..hahahahahha…..

dean’s cup…..

October 3rd, 2005 by katarsis

semalam telah berlangsungnya dean’s cup grand finale…..bagi kategori Bahasa Melayu pertemuan antara dua darjat….bebudak second year (kecuali nana) lawan first year….cuma suasana agak kurang meriah …and our logical analysis told that it was because both teams were from MELEX…does it means that this country will be getting more and more good lawyers???hehehehehe…dah la bebudak woi jangan nak perasan plak….lepas ni kita kena sama2 struggle untuk royal….

apapun tahniah kepada MELEX 1…special congrat to Nana ker, EJ and Auzan…..tak lupa gak kepada MELEX 2…korang pun bagus gak…tapi bila dah kalah tu maknanya tak bagus la kot hehehhehehe……….and kepada Kajol…tahniah coz dapat best speaker….

ingatlah apa yang berlaku semalam tidak lebih dari sebuah pertandingan dalaman yang memberi kita ruang dan peluang untuk mengenali dunia debat…itu bukan pengakhiran..tetapi itu lah awal permulaan…di luar sana cabaran yang jauh lebih besar (besar dari kajol + izzat + husna) dan berat (berat dari auzan +nana+EJ) sedang menanti kita….

ingatlah nama lain bagi kehidupan adalah jatuh-bangun….kita akan terjatuh..adakalanya selalu…cuma yang membezakan kita dengan orang lain adalah keupayaan kita untuk bangkit semula…jangan serik dengan kehidupan!!!!!

jesteru ayuh kita gunakan segala peluang yang ada ini untuk menjadi manusia yang lebih baik peribadinya, lebih matang akal fikirnya and lebih tebal dan kental keimanan kepada-Nya.

p/s weh kajol, takkan dean’s cup pun tak lepas kot hehehehehe…….